BREAKING NEWS
Home » Hobi » 4 Jenis Kucing Parsi Yang Popular Di Kalangan Penggemar Kucing
Kucing-parsi

4 Jenis Kucing Parsi Yang Popular Di Kalangan Penggemar Kucing

4 Jenis Kucing Parsi Yang Popular Di Kalangan Penggemar Kucing. Apakah Anda pencinta kucing? Jika ya, tentu sudah tidak asing lagi bukan dengan jenis kucing parsi? Kucing parsi (Persian) merupakan salah satu jenis kucing yang sangat popular di seluruh dunia. Banyak para pencinta kucing yang lebih memilih kucing parsi sebagai haiwan peliharaannya. Tapi tahukah Anda, ternyata kucing parsi tidak hanya popular saja tapi juga menjadi salah satu ras kucing tertua yang ada di dunia. Ras kucing parsi ini dipercayai berasal dari Iran atau pada zaman dahulu lebih dikenal dengan nama Persia/Parsi.

Kucing parsi memang mempunyai keunikan tersendiri terutama warna bulu dan kelebatan bulunya. Di Malaysia dan Indonesia terdapat 4 jenis kucing parsi yang popular dan banyak dipelihara. Keempat jenis kucing parsi ini ialah:

 

1. Parsi Peak Nose

kucing-parsi-flatnose

Kucing Parsi Peak Nose Kuning

kucing-parsi-peaknose

Kucing Parsi Peak Nose

Kucing parsi jenis peaknose adalah kucing parsi yang paling populer di Indonesia. Parsi jenis peaknose ini mempunyai ciri khas pada tubuh dan hidungnya. Tubuh parsi peaknose ini sangat gembul dan bentuk hidungnya yang sangat pesek. Dari semua kucing parsi, kucing parsi peaknose adalah kucing yang paling pesek. Kucing parsi ini biasanya yang selalu digunakan dalam pertandingan kucing.

 

2. Parsi Flat Nose

Kucing Parsi Flat Nose

Kucing Parsi Flat Nose Putih

kucing-parsi-flatnose

Kucing Parsi Flat Nose Jingga

Parsi jenis flatnose juga tidak kalah lucu dengan parsi peaknose. Hidung kucing parsi flatnose ini sedikit lebih mancung dibandingkan parsi peaknose. Untuk membezakan antara kucing parsi peaknose dan flatnose agak sulit jika dilihat dari hidungnya. Lihatlah bentuk tubuh dan wajah jika ingin membezakan kucing parsi flatnose dan peaknose. Bentuk tubuh parsi flatnose lebih gemuk dengan bentuk wajah yang bulat.

 

3. Parsi Himalaya

kucing-parsi-himalay-02

Kucing Parsi Himalaya Putih

kucing-Persia-himalaya

Kucing Parsi Himalaya Hitam

Parsi Himalaya merupakan salah satu jenis kucing parsi yang unik dan sangat mudah dibezakan dengan jenis kucing parsi lainnya. Kucing parsi jenis Himalaya mempunyai ciri khas yang sangat jelas pada warna bulunya. Warna bulu persia Himalaya adalah putih kecokelatan dengan warna bulu di bagian kaki, ekor, wajah, dan telinga lebih gelap.

 

4. Parsi Medium

Kucing-parsi-medium-01

Kucing Parsi Medium Putih

Kucing-parsi-medium-02

Kucing Parsi Medium

Anak-kucing-parsi-medium

Anak Kucing Parsi Medium

Anak-kucing-hadiah

Anak Kucing Hadiah Rakan Sekolah Anak

Bobby & Molly

Bobby dan Molly – Anak Kucing Kesayangan Anak2 hasil Kacukan Persian Medium (Ibu) & Persian Semiflat (Bapa)

Kucing parsi medium merupakan kucing parsi dengan bentuk tubuh yang semuanya sederhana. Bentuk hidung kucing parsi ini tidak terlalu pesek dan tidak juga terlalu mancung. Begitu juga dengan bentuk tubuhnya yang tidak terlalu gemuk dan tidak pula terlalu kurus. Untuk bulunya juga medium tidak terlalu tebal.

gambar-kucing-parsi-medium

 

Kelebihan Kucing Parsi

1. Manja
Yaa, kebanyakan kucing memang manja kepada pemilik kucing, apalagi kalau anak kucing parsi sangat suka di peluk atau dipegang (belai)

2. Berbulu panjang dan lebat
Kucing ini memiliki bulu yang panjang dan mengembang yang menarik tetapi ada ras kucing tertentu atau campuran yang tidak seperti itu.

3. Suka bermain
Kucing parsi ini sangat aktif dan suka bermain dengan siapa saja. Oleh kerana itu sebagai pemilik kucing harus lebih sering bermain dengan kucing peliharaanya agar si kucing merasa senang dan bersahabat.

4. Fleksibel
Kucing ini juga mudah bergaul dengan siapa saja sama ada orang baru, haiwan atau jenis kucing lainnya. Walaupun proses perkenalan juga memerlukan waktu untuk keserasian, tetapi tidaklah memakan waktu yang begitu lama. 

 

Kekurangan Kucing Parsi

1. Perlukan perhatian 
Kita sebagai pemilik kucing juga harus ekstra dalam memperhatikan binatang peliharaan kita agar kucing akan sentiasa sihat. Apalagi dengan bulunya, kita harus sering menyisir bulunya agar tidak ada bulu yang menggumpal sampai kusut, paling kurang dilakukan sekitar 2 hari sekali.

2. Mudah hairball
Kenapa mudah? Kerana bulu yang tersikat tidak hanya merapikan bulunya atau menghilangkan kusut pada bulu, tetapi juga akan meninggalkan sisa-sisa bulu rontok yang memang tidak ikut tersangkut dengan sisir kucing, maka dari itu kita juga harus memastikan bulunya agar tidak ada bulu rontok yang tersisa di badan kucing untuk menghindari hairball atau “muntah bulu kucing” ketika kucing sedang mandi atau menjilat tubuhnya.

3. Bulu cepat rontok
Sebenarnya jika si kucing dirawat dengan betul ilnya pasti memuaskan.  Ingat bahwa situasi cuaca persekitaran kucing juga akan mempengaruhi bulu kucing. Pergantian bulu juga akan membuat bulu kucing lemah sehingga mudah rontok. Oleh kerana itu kita harus memberikan vitamin atau makanan yang mengandung minyak ikan salmon atau multivitamin lainnya agar bulu kucing terhindar dari kerontokan

 

Cara merawat kucing parsi

Sebenarnya perawatan kucing parsi itu mudah, tidak berbeza dengan kucing jenis lainnya. Keperluan utamanya ialaj pastikan si kucing selalu sihat dan bersih. Untuk itu kita perlu melakukan langkah-langkah berikut:

  • Memandikan kucing kesayangan.
  • Memberin makanan dan minuman yang berzat untuk memenuhi keperluan tubuhnya.
  • Membersihkan persekitaran kucing atau kandangnya secara berkala.
  • Merawat bulu serta anggota badan kucing seperti telinga, mata, mulut, dan sebagainya.

 

Apakah Anda sudah memelihara salah satu dari jenis kucing parsi ini? Jika ya, maka sangat beruntunglah Anda kerana sudah mempunyai kucing parsi yang populer. Kucing parsi banyak dipilih untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan kesayangan kerana keunikannya dan juga perawatannya yang mudah. Ras kucing parsi juga termasuk kucing yang tidak mudah terkena penyakit. 

 

Kucing Baka DLH & DSH

Tentu ramai yang masih keliru tentang jenis baka kucing kesayangan mereka. Tidak semua kucing yang berbulu panjang atau yang mempunyai hidung yang memek itu dipanggil PERSIAN cat. Kita sebagai tuan punya kucing harus tahu dan bijak apabila memilih kucing untuk dipelihara. Sekarang terdapat sebilangan kucing-kucing yang di jual di petshop adalah bukan dari baka yang sebenar. Oleh itu saya akan terangkan serba sedikit sama ada kucing anda adalah dari baka sebenar atau tidak.

Kucing Anis

Anak Kucing Baka DLH

Terdapat dua kategori kucing yang mempunyai muka memek (Flat nose) atau separa memek (Semi flat nose).

  1. CFA'sAnak kucing yang yang lahir dari baka yang sebenar dan dikahwinkan dengan jenis baka yang sama atau pure Persian di kenali sebagai PEDEGREE PERSIAN. Biasanya kucing yang lahir dari baka sebenar atau pure Persian mempunyai sijil kelahiran, iaitu sijil yang mengesahkan kucing adalah dari baka sebenar atau telah didaftarkan. Antara badan yang bertanggung jawab terhadap penentuan baka kucing adalah Cat Fanciers’ Association (CFA’s)
  2. Manakala anak kucing yang dilahirkan dari induk baka sebenar dan di kahwinkan dengan kucing yang tidak mempunyai sijil pula adalah dipanggil DOMESTIK LONG HAIR (DLH). Kucing ini mempunyai bentuk muka menyerupai seperti kucing parsi, mempunyai ciri-ciri seperti berbulu panjang dan juga berhidung memek, tapi kucing-kucing seperti ini hanya boleh di panggil DOMESTIC LONG HAIR (DLH). Manakala istilah DOMESTIK SHORT HAIR (DSH) adalah untuk anak kucing yang dilahirkan dari induk baka sebenar daripada jenis short hair dan di kahwinkan dengan kucing yang tidak mempunyai sijil.

Bagaimanapun nilai pasaran kucing-kucing DLH dan DSH ini di Malaysia adalah antara RM200 hingga RM5000. Menarik bukan?

Sumber1, Sumber 2, Sumber 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: