BREAKING NEWS
Home » Petua » 9 Ciri Wanita yang Akan membawa Rezeki Bagi Suaminya
isteri-solehah

9 Ciri Wanita yang Akan membawa Rezeki Bagi Suaminya

INILAH 9 Ciri Wanita yang Akan membawa Rezeki Bagi Suaminya

Jika ingin menyempurnakan agama dan memperoleh rezeki yang banyak menikahlah. Selama pernikahan bahagiakan isteri kerana membahagiakan isteri boleh melancarkan rezeki. Jangan sakiti hatinya kerana suami yang menyakiti hati isteri disempitkan rezekinya oleh Allah Azzawajalla. Jika terjadi masalah, selesaikan dengan cara yang ma’ruf. Perceraian adalah alternatif terakhir yang ditempuh, kerana perceraian meskipun halal tapi dibenci oleh Allah

Sebelum menikah penting bagi setiap laki-laki untuk mengenali wanita yang akan diperisterinya. Kerana wanita inilah yang akan menjadi pendamping hidup dan ibu dari anak-anaknya kelak. Berikut ini ciri ciri wanita yang akan membawa rezeki buat suaminya.

1. Wanita yang taat pada Allah dan rasul-Nya.
Ada empat faktor yang menjadi pertimbangan sebelum menikahi seorang wanita, iaitu kerana

  1. kecantikannya,
  2. keturunannya,
  3. hartanya dan
  4. agamanya.

Kita diperintahkan untuk memilih wanita kerana faktor agamanya, beruntung sekali jika boleh mendapatkan keempatnya. Wanita yang taat pada Allah dan Rasulnya akan membawa rumah tangga menuju surga, menuju ketenteraman. Rumah tangga yang tenteram, nyaman, bahagia adalah rezeki yang sangat berharga. Rumah tangga yang dinahkodai suami yang soleh didampingi isteri yang solehah akan menjadikan rumah tangga itu penuh berkah, menghasilkan anak-anak yang soleh / solehah, mendapatkan redha dan rahmat Allah.

2. Wanita yang taat pada suaminya.

Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya

H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah

 

Selagi perintah suami tidak bertentangan dengan agama, maka isteri wajib mentaatinya. Ketaatan seorang isteri pada suaminya akan membuat hati suami tenang dan damai dan boleh menjalankan kewajibannya mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Akan halnya wanita yang berkarier di luar rumah masih boleh tetap bekerja selagi suaminya mengizinkan dan kewajibannya untuk menjaga diri dengan baik di tempat kerja.

“Laki-laki adalah pemimpin atas wanita kerana Allah telah melebihkan sebagian dari mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita) dan dengan sebab sesuatu yang telah mereka (laki-laki) nafkahkan dari harta-hartanya. Maka wanita-wanita yang soleh adalah yang taat lagi memelihara diri di belakang suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya”.

Q.S. An Nisa : 34)

 

3. Wanita yang melayani suaminya dengan baik.
Tugas utama isteri adalah menjalankan tugas rumah tangga dengan sebaik-baiknya, melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanannya, menyiapkan keperluannya, memenuhi keperluan biologinya, menjaga perasaan suaminya jangan sampai suaminya terluka kerana sikapnya. Wanita yang demikian akan menjadi kesayangan suaminya dan bakal menjadi partner yang baik dalam mewujudkan rumah tangga yang sakinah dan menarik hal-hal positif dalam rumah tangganya, termasuk rezeki bagi suaminya.

4. Wanita yang berhias hanya untuk suaminya.

Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita salehah”

H.R. Muslim

 

Adalah sifat wanita yang suka bersolek dan berhias, tapi wanita yang soleh hanya berhias dengan niat menampakkan perhiasan (cantik) untuk suaminyaWanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan tahu bagaimana menyenangkan suaminya. Wanita yang bahkan malaikat pun mendoakannya akan memudahkan rezeki datang padanya.

5. Jika ditinggal menjaga kehormatan dan harta suami
Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah harus menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tamu yang tidak pantas, membatasi keluar rumah jika tidak terlalu penting. Harta suami yang dititipkan padanya dipergunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan seizin suaminya. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah dari ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan pada suaminya.

6. Wanita yang senantiasa meminta redha suami atasnya
Wanita ini tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Menjaga sikap dan perilaku agar tidak menyinggung dan melukai perasaan suaminya. Dia selalu berusaha agar suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan pergi tidur dalam keadaan marah atau meninggalkan suaminya dalam keadaan marah sampai memperoleh maafnya. Mengajak suaminya bercanda untuk menceriakan perkawinannya. Berusaha mendidik anak-anaknya dengan baik. Menjaga rahasia perkawinan dari orang lain.

” Maukah kalian kuberitahu isteri-isteri yang menjadi penghuni surga yaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya, dimana jika suaminya marah dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata ” Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha”

H.R.An Nasai

 

Isteri seperti ini adalah isteri yang dimudahkan rezekinya melalui tangan suaminya karena amalan dan kesetiaan pada suaminya,

7. Wanita yang menerima pemberian suami dengan ikhlas
Wanita yang tidak pernah mengeluh berapapun rezeki yang dibawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai apapun yang diberikan suami kepadanya. Banyak disyukuri sedikit pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita yang mensyukuri rezekinya. Allah sudah menjanjikan bahwa jika kita bersyukur Dia akan menambah rezeki kita. Wanita yang bersyukur dan ikhlas rezekinya senantiasa bertambah baik kuantitas maupun keberkahannya yang akan diberi Allah langsung padanya ataupun memlalui suaminya.

8. Wanita yang boleh menjadi partner meraih redha Allah.
Wanita yang menjadikan rumah tangganya sebagai ibadah, pengabdiannya kepada Allah. Boleh menjadi teman berbincang yang berimbang bagi suami. Mampu membetulkan dan menyampaikan dengan lembut kepada suaminya. Mendengarkan nasihat dan kata-kata suaminya dengan penuh perhatian. Sebelum melaksanakan ibadah sunat seperti puasa sunat meminta izin kepada suaminya dan tidak melaksanakan jika tidak diizinkan. Boleh menjadi pendorong dan motivator suami untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat. Itulah mengapa ada kalimat ” disebalik lelaki yang berjaya ada wanita hebat di belakangnya”. Kerana wanita seperti ini adalah rezeki utama suaminya.

9. Wanita yang tak pernah putus doa untuk suaminya.
Wanita yang bersyukur adalah wanita yang menerima semua kehendak /takdir Allah padanya tapi tetap berusaha melakukan yang terbaik termasuk dengan mendoakan suami dan anak-anaknya agar berjaya dunia akhirat. Wanita ini tidak pernah putus doa, tapi menjadikannya sebagai rutin harian, penghias bibir setelah solat. Wanita ini tahu bahwa rezeki suaminya akan ditambah dan diberkati jika dirinya senantiasa melibatkan Allah pada langkah suaminya melalui doa-doa yang dipanjatkannya setiap hari.

Itulah 9 ciri-ciri wanita atau isteri yang akan membawa rezeki bagi suaminya. Betapa beruntungnya seorang laki-laki jika boleh mendapatkan isteri dengan ciri-ciri seperti di atas. Jika pun isteri belum memiliki ciri-ciri seperti di atas adalah tugas suami untuk mendidik isterinya, kerana isteri adalah tanggung jawab suaminya dan dia akan ditanya di akhirat tentang hal itu. Untuk situasi isteri yang begini, isteri perlu faham akan keperluannya mesti sentiasa taat dan penuh hormat menerima setiap nasihat suami dan wajib dipatuhi selagi ianya tidak bertentangan selagi dengan syarak. Wallahu alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Bagaimana Cara Mencuci Tangan Dengan Betul

Bagaimana Cara Mencuci Tangan Dengan Betul?

Bagaimana Cara Mencuci Tangan Dengan Betul? Tangan boleh menyimpan banyak kuman seperti Salmonella, E.coli dan norovirus. ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: