BREAKING NEWS
Home » Acheh - Tanah Seribu Masjid » Acheh – Tanah Seribu Masjid, Permakaman Masal Siron

Acheh – Tanah Seribu Masjid, Permakaman Masal Siron

Acheh – Tanah Seribu Masjid, Permakaman Masal Siron. 

Alhamdulillah, tugasan yang diberi untuk membawa seramai 16 pelajar cemerlang badan beruniform dari setiap negeri telah separuh berjaya dilunaskan.  Hari ni 10 September 2013 dah masuk hari ke-3 saya berada di sini. Tugasan kali ini ditemani oleh En. Nazar Mamat, Penolong Pengarah di Unit Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Inilah kesempatan pertama untuk saya buat postingan sejak tiba ke sini.

20130909_132631Kami tiba jam 1.30 petang bersamaan 12.3o tgh waktu Indonesia Bahagian Barat setelah perjalanan lebih 1 jam dari KLIA. Suasana amat berbeza di sini, keadaannya agak kekampungan berbanding Kuala Lumpur baik dari segi prasarana lebih2 lagi keadaan petugas lapangan terbang dan penduduknya. 99% penduduknya beragama Islam.

Persepsi kami tentang Acheh dengan jolokan “Serambi Mekah” dan “Tanah/Negeri Seribu Masjid” kian terserlah setelah pemandu pelancong kami, bapak Zulkifli membawa kami destinasi pertama iaitu Perkamaman Masal Siron, iaitu menurut bapak Zulkifli sebagai kubur beramai-ramai terbesar di dunia, yang memuatkan lebih 46,000 jasad mangsa tsunami yang ‘tewas’  dalam satu lahad besar… Ini berdasarkan sebahagian mayat yang sudah tidak sempurna lagi. Tempat ini dilengkapi kemudahan yang sederhana tetapi cukup untuk saudara mara mangsa berkunjung dan sedekahkan Al Fatihah. Ramai warga Acheh yang kehilangan saudara mara tidak mengetahui dimana sebenarnya saudara mereka dikuburkan kerana kegawatan dan keadaan mayat-mayat yang amat sukar dikenalpasti.

Jolokan ‘Tanah Seribu Masjid’ diperolehi setelah tragedi tsunami pada 2004 kerana setelah berakhirnya tragedi itu begitu banyak sekali masjid dibina di sini. Manakala ‘Serambi Mekah’ pula kerana di sinilah mulanya Islam bertapak di nusantara. Menurut bapak Zulkifli, peristiwa tsunami yang menelan 400,000 korban banyak membawa perubahan yang baik ke daerah (provinsi) Islam  ini.

masal 1

Banyak logo sebegini di Acheh, menandakan tinggalan tragedi tsunami 2004

20130909_132245

Makam tanpa batu nesan sebesar padang bola sepak…

20130909_132444 20130909_132428

970961_540510092674396_1657806220_n

Kebesaran Allah – Masjid-masjid yang berada di tengah2 kemusnahan terselamat

Dari tanah ia dijadikan, dan kepada tanah ia dikembalikan

Dari tanah ia dijadikan, dan kepada tanah ia dikembalikan

954708_540508366007902_214338675_n 943551_540507989341273_1623519205_n 1044057_540508229341249_420793751_n (1)

Al-Fatihah… buat yang terkorban.

Pulau Sumatera

Banda Acheh terletak di bahagian paling utara, Pulau Sabang adalah bahagian paling utara Inonesia

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: