BREAKING NEWS
Home » Doa » Amalan Pelaris Surah Faatir Ayat 29 – 30

Amalan Pelaris Surah Faatir Ayat 29 – 30

Amalan Pelaris Surah Faatir Ayat 29 – 30.  Alhamdulillah. Ramai diantara umat Islam masa kini yang melibatkan diri dalam perniagaan, sama ada secara offline, online, MLM dan sebagainya. Perniagaan adalah suatu tuntutan dalam Islam dan merupakan ibadah yang tinggi nilainya jika dilakukan dengan tatacara Islam dan niat kerana Allah. Perniagaan juga menjanjikan 9/10 rezeki.
 

Dalam menjayakan perniagaan tak perlulah mencari pelbagai pelaris yang mungkin berupa sihir yang mengundang kita menjadi syirik seterusnya menempuh kegagalan yang hakiki. Nauzubillah. Cukuplah beramal dengan doa dan ayat-ayat Al-Quran, mengamalkan prinsip jujur selain  layanan yang baik, mesra dan cekap.

 
[alert-success]”Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30 (Surah Faatir), nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.”[/alert-success]
 
Selain mengamalkan  Ayat 1000 Dinar, eloklah juga diamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup indah sekali. Ingatlah, yang melariskan adalah atas kehendak dan izinNya berbekalkan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT.
 
 Surah-Faatir-29-30

Dengarkan bacaannya

Terjemahan Ayat:

Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian

Ayat 30
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)

Tips tambahan

[alert-success]*** Jangan sesekali meninggalkan amalan wajib seperti solat. *** Perbanyakkanlah bersedekah, kerana keajaiaban bersedekah terbukti memberi kesenangan berganda kepada ramai orang. *** Beramallah dengan niat ikhlas kerana Allah, faedahnya nanti insyaAllah akan datang dengan sendirinya.[/alert-success]
dan perhatikan juga ayat berikut tentang cara mendapatkan rezeki Allah


Wasallam.
 .
 .
rahsia rezeki
 .

Sitegiant E-Commerce

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Selawat-Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah. Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga ...

error: Content is protected !!