BREAKING NEWS
Home » Doa » Ayat Syifa’ Ayat-ayat Penyembuh Dalam Al-Quran
Ayat Syifa' Ayat-ayat Penyembuh Dalam Al-Quran

Ayat Syifa’ Ayat-ayat Penyembuh Dalam Al-Quran

Ayat Syifa’ Ayat-ayat Penyembuh Dalam Al-Quran. Syeikh Imam Abil Qasim Al;Qusyairi menerangkan, bahawa suatu waktu anaknya sakit yang membimbangkan sehingga beliau merasa putus asa. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan Rasullulah s.a.w. dan beliau bertanya apakah ada ubat bagi penyakit yang dideritai oleh anaknya. Rasulullah s.a.w. berkata ” Apakah kamu tidak mengetahui ayat-ayat syifa?” Lalu Abil Qasim membuka Al-qur’an dan menemui ayat-ayat tersebut di atas lalu beliau segera menulisnya di atas kertas dan dilunturkan dalam air, lalu diberikan anaknya minum. Tidak lama selepas itu, anak yang sakit itu beransur sembuh dan akhirnya benar-benar sembuh.

 

Ayat Syifa

Dengarkan bacaan ayat.

Makna Ayat

  1. Dan Qur’aan menyembuhkan hati orang-orang mukmin.
  2. Dan penyembuh bagi suatu penyakit yang ada didalam dada.
  3. Keluar dari perutnya minuman yang beraneka warna menjadi penyembuh bagi manusia.
  4. Dan kami turunkan dari Qur’aan sesuatu yg jadi penyembuh dan rahmat bagi orang mukmin.
  5. Dan apabila aku sakit, maka Ia Allah menyembuhkan aku.
  6. Katakanlah hai Muhammad. ia (Qur’aan) menjadi petunjuk dan penyembuh.

Keterangan Cara Pengamalan/Penggunaan

  • Mengikut pengamalan lazimnya mengamalkan ayat-ayat tersebut di atas dengan cara meniupkannya  pada air  dan minum dengan niat untuk menyembuhkan penyakit pada diri sendiri atau orang lain. Ayat-ayat syifa ini dengan izin Allah dapat menyembuhkan semua jenis penyakit termasuk santau,sihir ,stress, panas baran, rungsing dan sebagainya dengan cara hendaklah selalu mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian.
  • Boleh juga diletakkan tapak tangan di tempat yang sakit (boleh diusap-usap). Baca Ayat-ayat Syifa di atas dalam bilangan 3x, 5x, 7x, 9x dan seterusnya sambil dalam hati memohon kesembuhan daripada Allah SWT.
  • Ada juga yang menamakan ayat-ayat ini sebagai Ayat Jasad & Roh, manakala cara pengamalannya ialah diamalkan 3 kali selepas solat. InsyaAllah diri dilindungi oleh Allah SWT.

Semoga bermanfaat dalam meningkatkan kebergantungan kita kepada Allah.

Wallahhu a’lam

 

 

3 comments

  1. terima kasih atas perkongsian ini

  2. Mohon izin untuk mengamalkan dan membantu sesama. Jazaakallah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Selawat-Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah. Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: