Bagaimana Cara Mencuci Tangan Dengan Betul? Tangan boleh menyimpan banyak kuman seperti Salmonella, E.coli dan norovirus. Kuman tersebut tersebar ketika anda pergi ke tandas, menukar lampin bayi, memproses daging mentah, berjabat tangan dengan orang lain atau bersentuhan dengan sumber kuman, misalnya sampah atau najis. Bayangkan jika tangan yang anda guna untuk makan telah dicemari kuman-kuman tersebut. Anda boleh diserang pelbagai penyakit.
Oleh kerana itu, cuci tangan dengan betul sebelum makan agar semua kuman musnah.
Berikut adalah cara-caranya:
Basuh tangan dengan air, boleh memakai air suam atau sejuk.
- Tuang sabun ke tapak tangan. Tidak perlu menggunakan sabun khas. Sabun biasa dan sabun antibakteria memadai.
- Gosok kedua tapak tangan hingga berbuih. Pastikan seluruh bahagian tangan terkena sabun, termasuk pergelangan tangan, celah-celah jari, dan kuku. Lakukan sekurang-kurangnya selama 20 saat.
- Bilas tangan hingga bersih, kemudian keringkan menggunakan tisu, tuala bersih atau alat pengering tangan. Pastikan jangan sampai air pada tapak tangan mengalir ke siku anda.
- Tutup paip air menggunakan tisu atau tuala agar kuman tidak melekat pada tangan anda yang sudah bersih.
- Jika sukar mencari air dan sabun, anda boleh membersihkan tangan dengan hand sanitizer. Tuangkan cecair ke tapak tangan secukupnya. Sapukan pada seluruh bahagian tangan sehingga cecair mengering.
Tetapi jangan gunakan hand sanitizer jika tangan anda sangat kotor. Gunakan sabun terlebih dahulu.
Ikuti perkembangan penyelidikan Dato’ Asst. Prof. Dr. Azlan (Pakar Toksikologi, Keselamatan & Terapi Makanan Malaysia.
Entrepreneur Scientist.
Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan KKM)
Pengasas Produk R&D ByDRAZLAN
Ingin memcari sabun anti ekzema dan lain-lain masalah kulit paling selamat? Dapatkan Body Solution Soap daripada ByDRAZLAN?