BREAKING NEWS
Home » Jom Buat Sendiri » Buat Sendiri – Sirap, Halwa dan Jem Roselle
Buat Sendiri - Sirap, Halwa dan Jem Roselle

Buat Sendiri – Sirap, Halwa dan Jem Roselle

Picture4Buat Sendiri – Sirap, Halwa dan Jem Roselle. Jika pada entri yang terdahulu Tanaman Roselle dan Khasiatnya saya kongsikan juga kaedah penanaman roselle, kali ini saya kongsikan pula 3 produk yang boleh dibuat sendiri berasaskan roselle, tentunya daripada hasil tanaman kita nanti♥

 

Membuat Sirap Roselle

roselle-juice

Bahan-bahan

10 biji buah roselle
1/2 mangkuk (2 cawan) gula pasir
1 mangkuk (4 cawan) air.

Cara Membuat

  1. Ceraikan kelopak (kaliks) roselle daripada buahnya.  Buangkan buah tersebut.
  2. Masukkan kelopak roselle dan 4 cawan air ke dalam periuk dan panaskan.
  3. Campurkan 2 cawan gula pasir dan teruskan pemanasan sehingga mendidih.  Kacau untuk larutkan gula.
  4. Kecilkan api dan reneh sehingga 10 minit iaitu sehingga larutan menjadi pekat.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk.
  6. Tapis larutan untuk mengasingkan kelopak dan sirap.
  7. Tuang sirap roselle ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.
  8. Simpan kelopak untuk dibuat halwa roselle.

Cara membancuh sirap roselle

  1. Tuangkan air sejuk ke dalam gelas.
  2. Tambahkan 2 sudu besar sirap roselle dan kacang sehinggal larut.
  3. Tambahkan 2 kiub air dan hidangkan.

 

Cara Membuat Halwa Roselle

sweet+pickles+roselle

Bahan-bahan
Kelopak roselle hasil tapuisan daripada sirap roselle
1 sudu besar gula
1 sudu besar air

Cara Membuat

  1. Panaskan 1 sudu besar gula pasir dan 1 sudu besar air di dalam periuk menggunakan api sederhana.
  2. Bila gula telah larut, masukkan kelopak roselle dan kacau hingga kering.
  3. Tutup api dan keringkan kelopak roselle.

 

Cara Membuat Jem Roselle

jem roselIsi yang tinggal enak dimakan atau dijadikan jem.  Untuk buat jem, ikut langkah berikut.

  1. Campurkan sedikit air masak dan kisar isi yang telah dimasak bersama gula menggunakan mesin pengisar (blender).
  2. Panaskan dalam periuk yang sama sehingga ramuan menjadi pekat (10 minit).
  3. Tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Isi ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.
  5. Hidang bersama roti.

 


Lihat juga : Tanaman Rosell dan Khasiatnya


 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: