BREAKING NEWS
Home » Info » Cara-cara Menanam Anggur

Cara-cara Menanam Anggur

AnggurCara-cara Menanam Anggur. Anggur cantik dijadikan tanaman hiasan, sesuai ditanam di tepi pagar, tepian pergola dan kerangka payung laman

RAMAI yang kagum apabila mendapati laman sekangkang kera di kawasan perumahan dihiasi pokok anggur hijau dan merah yang berbuah bukan sekali dua setahun malah tidak putus-putus berbuah sejak ditanam.

 

Setiap tetamu yang datang mengemukakan pelbagai soalan malah tidak putus-putus menanyakan petua untuk memastikan anggur yang ditanam kekal hidup dan menghasilkan buah yang cantik dan boleh dimakan.
pergola-anggurRamai yang mempunyai persepsi bahawa anggur sukar ditanam terutama untuk dijadikan pokok hiasan kerana ia tidak sesuai dengan cuaca dan suhu di negara ini.Persepsi itu betul, namun jika mengikut panduan dan cara yang betul tidak mustahil anggur menjadi hiasan utama laman kediaman sesiapa saja.

Asas utama yang perlu di ambil kira sebelum memilih anggur sebagai tanaman hiasan adalah pemilihan biji benih. Ada dua perkara utama perlu di ambil kira sama ada memilih pokok anggur tahan kulat atau menyediakan persekitaran yang berbumbung lutsinar. Jika dua perkara ini diberikan keutamaan maka hasrat menjadikan anggur sebagai tanaman hiasan akan menjadi kenyataan.

Ditanya keunikan anggur sebagai tanaman hiasan, katanya anggur sangat cantik untuk ditanam pada tepian pagar, pergola, para-para dan wakaf kerana menghasilkan gugusan buah yang berwarna-warni sama ada hijau, merah dan ungu, selain sifatnya yang menjalar dengan daun pecah lima yang unik.

Seperkara lagi yang unik mengenai anggur, pokok ini mudah diasuh mengikut kemahuan pemiliknya. Lebih cantik ditanam bertingkat-tingkat di tepi pagar, menjalar tepian pergola serta diasuh membentuk seperti kerangka payung di laman kediaman.

Namun mereka yang berminat menanam anggur sebagai tanaman hiasan dinasihatkan mendapatkan benih yang terbaik dan tahan kulat.Bagi memudahkan kerja penanaman, beli saja anak benih daripada nurseri bunga berbanding menyemai biji benih atau keratan batang. Mengikut teknik yang betul, menyemai melalui keratan batang dan tut lebih mudah berbanding menyemai biji benih.

Pokok anggur boleh hidup subur di negara ini disebabkan tiga faktor iaitu matahari, air dan tanah.

Macam-macam-Buah-Anggur1-300x294Selain itu, pemangkasan adalah wajib untuk pembuahan, jika tidak pokok tidak akan berbuah. Pokok anggur, adalah tanaman yang semakin tua semakin menjadi kerana ia menghasilkan mutu buah yang baik. Dalam tempoh pembuahan pertama, hasil buah tidak berapa bermutu sehingga kita melakukan pemangkasan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali, barulah terhasil buah yang bermutu.

Apa yang boleh saya simpulkan, anggur bukanlah satu tanaman yang aneh atau pelik malah satu perkara biasa dibuat di halaman rumah ataupun ladang dengan buah yang hebat dan manis.

INFO

Cara menanam pokok anggur;

Cara mengguna tapak:

  1. Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
  2. Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 3.5 meter – 0.60 meter (11.2 kaki, lebar 2 kaki). Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukkan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja ke dalam lubang yang disediakan.
  3. Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakkan bagi mengelakkan akar pokok daripada terendam air.
  4. Sekurang-kurangnya 0.3 meter – 0.45 meter (1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar) batas diperlukan.
  5. Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung di sekitar pokok.
  6. Hindarkan menanam di tanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
  7. Tanam secara pasu digalakkan bagi kawasan perumahan.
  8. Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
  9. Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari digalakkan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
  10. Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 40.6 -45.7 cm (16-18 inci) luas dan 35.6 cm- 45.7 cm (14-18 inci) dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah bermutu.

Pemangkasan dan latihan

  1. Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 1.52 meter (5 kaki). Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
  2. Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk pembuahan

  1. Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
  2. Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
  3. Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
  4. Potong pucuk kira – kira 1.21 meter ke 1.52 meter (4 atau 5 kaki) dari cabang.
  5. Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
  6. Bersihkandi kawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur di sekitarnya .

Kadar pembajaan pohon anggur:

  1. Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
  2. Sebaikya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
  3. Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau di dalam pasu.
  4. Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 – 10 hari.
  5. Kurangkan anggaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% – 60% dari angaran yang sebenarnya.

Kaedah siraman:

  1. Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
  2. Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
  3. Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
  4. Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
  5. Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
  6. Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.

Cara-cara Menanam Anggur

Sumber : Berita Harian Online
 

2 comments

  1. Anggur cocok di daerah panas atau dingin om?
    wildan recently posted…Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: