BREAKING NEWS
Home » Info » Cara Menyemai Anggur Daripada Keratan
Cara Menyemai Anggur Daripada Keratan

Cara Menyemai Anggur Daripada Keratan

anak keratan anggurCara Menyemai Anggur Daripada Keratan. Pada entri kali ni saya akan berkongsi cara bagaimana menyemai anggur dari keratan ranting. Sekarang ni pokok anggur dah banyak didapati di mana-mana di Malaysia. Ada kalanya kita diberikan keratan ranting anggur untuk dibawa balik untuk disemai ataupun kekadang kita membeli keratan anggur melalui pos.
Mungkin maklumat yang saya kongsikan di bawah ini dapat membantu menghidupkan pokok anggur melalui keratan. Cara ini adalah sesuai untuk menyemai keratan ranting anggur dalam kuantiti yang kecil, kalau nak semai banyak-banyak hingga beribu (nak buat nurseri anggur), itu kena buat cara lain…
 
keratanMula-mula sekali kita kenalah ada keratan pokok anggur. Kalau diambil sendiri dari pokok anggur, saya selalu ambil ranting yang bersaiz sebesar batang pensel dengan panjang minimum tiga mata tunas. Untuk membezakan hujung pangkalnya, saya akan membuat keratan rata pada pangkal dan runcing pada hujung ranting seperti di sebelah.
 

Menyemai keratan ranting anggur.
a1

1. Sediakan Pasir Sungai – 1 (satu) bahagian

a2

2. Sediakan Fiber Sabut kelapa – 2 (dua) bahagian.

a3

3. Gaulkan dan masukkan dalam pasu kecil atau polibeg. Semaian dalam pasu dapat menghasilkan kadar pertumbuhan yang lebih baik.

a4

4. Cucukkan keratan anggur ke dalam pasu kira-kira 2-3 inci bergantung kepada panjangnya keratan. Pastikan keratan tidak ditanam terbalik kerana kalau ditanam terbalik, akar pokok tidak tumbuh. Jika ada penggalak agar, sapukan pada bahagian bawah keratan sebelum dicucuk ke dalam pasu.

a5

5. Padatkan tanah disekeliling keratan untuk memastikan ia sentiasa tegak dan tidak bergoyang

 

Penjagaan Semaian Keratan Anggur

  1. Letakkan keratan anggur yang telah dipasu di kawasan yang teduh (tidak terdedah kepada hujan) tetapi mendapat cahaya matahari.
  2. Siram dengan air pagi dan petang. Pastikan media tanaman tidak kering dan tidak terlalu lembab hingga menakung air. Kalau air bertakung, keratan akan mati.
  3. Elakkan dari keratan anggur bergoyang atau terlanggar lebih-lebih lagi pada dua minggu pertama setelah disemai kerana dalam tempoh itu, keratan anggur mula untuk tumbuh akar dan akar yang tumbuh adalah terlalu sensitif jika diganggu.
  4. Tunas baru akan mula keluar dari keratan selepas seminggu disemai dan akar akan mula keluar selepas dua minggu.
  5. Elakkan membaja pada peringkat permulaan, pembajaan boleh dibuat selepas sebulan. Digalakkan penggunaan baja organik bagi mengelakkan pokok mengalami kerosakkan akibat terlebih pembajaan kimia.
  6. Saya biasanya akan membiarkan benih anggur tumbuh lebih dua bulan sebelum dialih kepasu yang lebih besar atau di tanam di atas tanah
  7. Kalau ditempat anda tidak terdapat atau susah nak dapat fiber kelapa, bolehlah digunakan media-media tanaman yang dijual dikedai-kedai atau dipasaraya. Kalau membeli media tanaman, pilihlah media tanaman untuk semaian.
 
Sumber rujukan : Akademi Anggur Malaysia
 
 

KAEDAH PENANAMAN DARI KERATAN

Cara Menyemai Anggur Daripada Keratan. Penanaman anggur biasanya ditanam sama ada melalui biji benih, keratan batang dan juga cantuman tunas (Grafting). Kebiasaanya penanam anggur yang baru memulakan penanaman anggur seperti saya akan mendapatkan keratan batang sebagai permulaan kerana lebih mudah diperolehi.

k1Anak Anggur Jenis Isabella
 
 k2
Penanaman keratan batang anggur
 Kaedah Penanaman:
  1. Sediakan media tanah hitam, habuk kelapa dan juga pasir dengan nisbah 2:1:1 (bergantung pada ketersediaan bahan). Gaulkan ketiga-tiga media tersebut sehingga sebati.
  2. Masukkan media tersebut ke dalam polibeg.
  3. Cucuk batang anggur tersebut sekurang-kurangnya 2inci ke dalam tanah.
  4.  Letakkan bibit tersebut di bawah tempat yang lembap dan terlindung dari pancaran matahari.
  5. Penyiraman hanya dilakukan sekali dalam sehari bergantung kepada keadaan tanah. Jangan menyiram bibit terlalu kerap yang menyebabkan  tanah terlalu basah yang akan menjadikan akar masam dan busuk.

TIPS:

  1. Lakukan ujian pH tanah sekiranya perlu bagi mengelak masalah pembesaran bibit anggur tersebut. Anggur mudah hidup di tanah yang mempunyai ph yang neutral dgn pH 7.0.
  2. Pastikan polibeg yang digunakan berwarna hitam atau gelap bagi mengelak pertumbuhan lumut yang boleh mengganggu pertumbuhan akar.
  3. Elakkan dari mengganggu bibit pada 2 minggu pertama akar mula tumbuh pada waktu tersebut.
  4. Bibit hanya disiram jika tanah kelihatan kering.

(Sumber : Kunak Mini Vineyard & Nursery)

INFO : PEMBEKAL BENIH ANGGUR

Nurseri Anggur RCB bermula sejak Februari 2004 yang memasarkan benih anggur berbagai jenama yang boleh hidup subur dan menghasilkan buah diMalaysia. Anggur boleh ditanam sama ada di dalam pasu atau di atas tanah untuk tujuan hiasan taman, penutup pergola dan pengeluaran buah.

Jenama Anggur Yang Di Pasarkan

Jenama

Warna Buah dan Rupa

Tempoh Mula Berbuah

Isabella

(Merah Tua)

a isabella

10 bulan

IAC

(Hijau)

Anggur+IAC

10 bulan

Muscat

(Merah hitam)

anggur+muscat+hamburg

setahun

White Malaga

(Hijau)

anggur White Malaga

setahun

Green Perlite

(Hijau)

green perlite

setahun

Black Opal

(Merah Hitam)

blackopal040311

setahun

 Harga benih-benih anggur kami tertakluk kepada jenama, saiz dan umur pokok daripada RM15 ke atas.

Lokasi

Nurseri Anggur RCB terletak di Batu 22 1/2 Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Benih-benih anggur Nurseri Anggur RCB juga boleh didapati di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, Selangor dan di Taman Kota Perdana, Seri Kembangan, Selangor (berdekatan dengan Pasar Borong Selangor )

Berminat untuk mendapatkan benih anggur serta maklumat lanjut mengenai penanaman anggur, sila hubungi Muzafar di O12 – 2295318 atau e-mail  webmaster@anggurmalaysia.4t.com

Sumber

Catatan : Entri ini adalah adaptasi daripada laman-laman di atas untuk rujukan kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: