BREAKING NEWS
Home » Doa » Doa Pengasih dan Penyeri Wajah Nabi Yusuf

Doa Pengasih dan Penyeri Wajah Nabi Yusuf

 

Doa Pengasih dan Penyeri Wajah Nabi Yusuf. Assalamualaikum. Ayat Al-Quran jika diamalkan dengan niat yang betul selain mendapat fadhilatnya juga akan mendatangkan pahala yang besar untuk kita, insyaAllah. Kali ini saya akan kongsikan Doa Pengasih dan Penyeri Wajah yang dipetik daripada ayat suci Al-Quran, moga bermanfaat.

DOA PENYERI WAJAH : Bacalah Surah Yusuf Ayat 4

DOA PENGASIH : Surah Thaahaa Ayat 39


Caranya:

  • Baca kedua ayat ini setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami/isteri.
  • Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapan orang berkenaan. Bacaan tidak perlu kuat, sekadar di dalam hati. Manakala agar dikasihi orang ramai seperti anak murid, rakan sekerja, sahabat handai atau masyarakat amnya, amalkan bacalah kedua-dua ayat ini  3 kali setiap kali lepas solat.

PERINGATAN

Dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik kerana selain mendapat dosa yang berganda. dibimbangi mendatangkan mudharat pada pengamalnya.

 

TIPS2 LAIN

  • Untuk tujuan melembutkan hati : Baca dan amalkan surah Thaha. Ayat 1-6.

tulisan-arab-alquran-surat-thaahaa-ayat-1-6

  • Wirid selesai solat untuk doa pengasih : Bacalah  “Ya Rahman Ya Rahim (100 kali)
  • Amalan penyeri wajah samada untuk lelaki atau perempuan petuanya adalah seperti berikut:

Pada hari selasa tepat jam 12 tengah malam, ambil segelas air mineral atau air masak diletakkan di dalam cawan. Jangan tutup air itu dan selawat sebanyak 10 kali. Letakkan di luar rumah di tempat yang mudah terkena embun. Ambil air itu setelah lepas solat subuh. Baca Bismilah 7 kali dan minum air itu dan tinggalkan suku gelas untuk sapu di muka. Buat tiap-tiap hari selasa. Kesan keajaibannya akan dirasai jika diamalkan dalam masa 7 hari. Amalkannya selalu sehingga wajah kelihatan berseri seri. InsyaAllah.

 

Renungan

Dalam Hadis Qudsi menyebutkan : Berkata Abu Darda’ r.a bahawa Nabi (Sallallahu alaihi wassalam) bersabda; Allah berfirman,”Kalau hambaKu mendatangiKu dengan dosa sepenuh bumi, tetapi ia tiada mensyirikkan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan menyambutnya dengan maghfirah (keampunan) sepenuh itu juga” Riwayat Tabrani.
Kecantikan mutlak seseorang adalah kecantikan batinnya (berhati luhur, berbudi bahasa, bersangka baik, amanah dsb), mudah mendapat kasihsayang serta kepercayaan manusia. Sebaliknya tiada guna kecantikan rupa paras dan tubuh badan jika beraklak buruk, kerana akan kelihatan buruk dan dibenci manusia.

 

CREDIT

Baca juga : Petua Awet Muda Dan Cantik Cara Islam


 

4 comments

  1. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya, isteri/ suami saya dan anak anak saya. Saya ambil yg haq semata mata dari tuan/puan dulu kini dan akan datang.

    • Hemoi, u pun mesti terkena dgn blog yg si danish tu kan? Yg kata suruh u pulangkan lah, n then suruh u tengok ‘ustaz’ dia dok bagi ceramah tu n then p jumpa ustaz dia klo nak buang segala ilmu kasih mengasih ni. Meh i nak habaq kat u, i pun dah terkena. Klo tang yg ilmu tak menggunakan ayat Qur’an memang lah syirik. I recommend u p tengok dulu ustaz si danish tu. Dia sgt lah mengarut n tak logic.lepas tu u pikiaq tengok apa yg dia cakap tu n baca comments kat videos ustaz tu.

    • Assalamualaikum. Kita jangan mudah terpengaruh dengan ajaran yg bakal membawa kita jatuh syirik. Asasnya Islam adalah mudah dan memudahkan. Al-Quran adalah sumber pengubatan batiniah dan lahiriah. Tak salah memohon kepada Allah dengan menggunakan Al-Quran untuk tujuan kebaikan, selain mendapat pahala pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Selawat-Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah. Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: