BREAKING NEWS
Home » Doa » Doa Untuk Anak Semasa Ujian
Doa Untuk Anak Semasa Ujian

Doa Untuk Anak Semasa Ujian

Doa Untuk Anak Semasa Ujian. Bagi ibubapa kejayaan anak-anak dalam sebarang ujian dalam kehidupan mereka amatlah penting. Antara ujian besar bagi setiap anak adalah peperiksaan. Selain menyediakan anak dengan persediaan yang cukup untuk menghadapi peperiksaan sama ada UPSR, SPM, STPM malah di peringkat yang lebih tinggi, kita masih boleh memberi bantuan kepada anak-anak tersayang dengan doa.

Antara amalan yang boleh kita lakukan semasa anak-anak sedang bergelumang dengan ujian mereka adalah membaca Surah Yaasin. Jika dibaca dengan niat yang ikhlas kerana Allah insyaAllah dipermudahkan apa yang diniatkan. Selain itu amalan khusus lain yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

 

Bacalah

  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allahhu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa berikut:
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

InsyaAllah, banyak keberkatannya. Selain membantu anak dari segi kemudahan, juga doa yang ikhlas bergantung harap kepada Allah akan membentuk peribadi mereka yang membawa sinar iman kepada kita. Amin.

 

Cuba telitikan gambar di bawah. Moga kita memahami sesuatu…

tetang 5 jari semasa seseorang berdoa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Selawat-Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah. Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: