BREAKING NEWS
Home » Info » Enaknya Satay Tulang Jelebu

Enaknya Satay Tulang Jelebu

Enaknya Satay Tulang Jelebu. Apabila sebut ‘sate tulang’, pasti ramai tidak dapat memba­yangkan rupa sate yang dimaksudkan termasuklah penulis sendiri.

“Macam mana nak makan tulang?” detik hati penulis.

Minda mula ligat membayangkan bagaimanakah rupa dan rasanya sate tulang, salah satu makanan yang diketengahkan Tourism Malaysia Negeri Sembilan menerusi program Negeri Sembilan Food Trail 2013.

Menjadi lokasi terakhir dikunjungi pada hari pertama program, akhirnya apa yang bermain di minda terjawab dengan perasaan kagum atas ke­unikan Satay Tulang Jelebu.

Diusahakan oleh Abu Mansor Abu Sammah, 42, Satay Tulang Jelebu ini adalah perniagaan turun-temurun yang sudah berusia lebih 60 tahun.

st3
Dicipta oleh datuknya sewaktu sebelum merdeka dan pada waktu itu penjualan sate masih meng­gunakan kandar, hidangan ini sememangnya sangat unik.

Diambil namanya sempena nama produk sate tulang dan tempat asal ia wujud iaitu di Jelebu, sate tulang ini bukanlah tulang semata-mata seperti yang pastinya digambarkan ramai saat mendengar namanya.

Satay Tulang Jelebu diperbuat daripada lebihan ayam yang digunakan untuk membuat sate ayam.

Selepas isi ayam diambil untuk dijadikan sate, lebihan daging ayam yang terletak di tulang itu yang digunakan dan dicucuk dengan lidi, dibakar dan menjadi hidangan sate tulang yang sangat sedap.

Melihat pelanggan yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan sate tulang itu, pastinya ramai peniaga mengambil inisiatif membuat sate tulang sehingga ada pelbagai sate seumpamanya di pasaran.

Namun menurut Abu Mansor, semua itu tidak penting kerana Satay Tulang Jelebu adalah perintis pertama sate tulang dan ia adalah ‘ori’ dan asli.

“Satay Tulang Jelebu ini berbeza dan lebih istimewa kerana rempah ratus dan bahan campuran di dalam sate tulang dibuat serta diadun secara tradisional yang diamalkan dari zaman dulu lagi.

“Selain itu, sate tulang ini juga diproses dan dijual tanpa dibekukan terlalu lama agar rasa rempah dapat dinikmati hingga ke gigitan yang terakhir, sekali gus menjadikan aroma sate itu sentiasa segar,” katanya.

st1Satu lagi rahsia keenakan Satay Tulang Jelebu ini adalah rasa enak dan sedap kuah kacang yang dibuat menggunakan kacang yang banyak iaitu lebih kurang 70 peratus daripada kandu­ngan kuah.

“Dengan kandungan kacang yang lebih banyak, kuah menjadi lebih pekat dan apabila sate dicelup ke dalam kuah, kuah akan melekat dengan sendirinya di atas sate,” katanya.

Menikmati sendiri sate yang cukup unik ini, walaupun ia sate tulang, tulang itu kasar pada dasarnya tetapi akan hancur apabila dimakan.

Lebih menarik, Satay Tulang Jelebu ini tetap enak biarpun dimakan tanpa kuah ataupun hidangan lain.

Selain sate tulang, sate ayam, daging, hati dan pedal ayam juga boleh dinikmati di sini.

Mahu merasai sendiri keenakan sate tulang yang sedap dan unik ini, kunjungi premisnya di No 123G, Jalan Komersial 5, Dataran Senawang, Negeri Sembilan yang tidak akan mengecewakan anda.

Satay Tulang Jelebu ini mula dijual dari jam 5 petang hingga 3 pagi setiap hari. Selama mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: