BREAKING NEWS
Home » Tazkirah » Kata Ustaz “Padang Mahsyar…”

Kata Ustaz “Padang Mahsyar…”

Kata Ustaz “Padang Mahsyar…”

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.

Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali.  Kali kedua malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.

Lalu manusia bertanya sesama sendiri, di mana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. (Rujuk Surah Yassin ayat 52-54) ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.

Saidatina Aisyah RadiAllahuanhu pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. (Rujuk Surah A’basa ayat 37)

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat Munkar dan Nakir.

Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.

  • Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.
    Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.
  • Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan Ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.
  • Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.
Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yg tertinggal.

Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.

  • Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid
  • Tak ingat
  • Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di Al Mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.

Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..

 

8 Jenis Syafaat Di Padang Mahsyar Kelak ialah :

1. Al-Quran
Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya (HR Muslim)

  • Ramai antara kita yang telah meninggalkan bacaan Al-Quran dan beralih kepada Novel, Komik, Majalah Tabloid dan buku lucah (mangga, playboy, urtv dan lain-lain)

2. Puasa
Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

  • Ramai di antara kita yang puasanya hanya sia-sia iaitu menahan diri dari lapar dan minum, tetapi perkara yang membatalkan puasa dan memakruhkannya tidak ditegah tanpa disedari.

3. Malaikat
Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah (Surah Al-Anbiya: 28)

  • Ramai orang ahli maksiat, kaki judi, kaki arak, isteri yang derhaka, bapa yang tidak bertanggungjawab hanya membiarkan Malaikat melaknat dan mengutuk mereka.

4. Nabi Muhammad
Sesungguhnya syafaatku diperuntukkan buat umatku yang berbuat dosa besar. (HR. Tirmidzi)

  • Ramai di antara kita secara tidak sedar telah menghina nabi, tidak percaya nabi dan ada yang memperlekehkan kata-kata nabi, perbuatan nabi, sunnah nabi, serban nabi, janggut nabi dan lain-lain. Tapi Nabi Muhammad yang bakal beri syafaat. Inilah bukti kecintaan nabi kita pada umatnya.

5. Para Syuhada
Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya. (HR Abu Darda)
– Masih ada lagi orang tidak mempercayai mati syahid malah gambar foto orang mati syahid dalam keadaan senyum pun menjadi persoalan besar. Mereka yang mempersoalkan hal inilah sebenarnya munafik!

6. Ulama
Dari Utsman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (H.R. Ibnu Majah)
– zaman sekarang, ramai yang dah tunjuk hebat, kononnya mereka lebih berilmu dari ulama, lebih malang lagi mereka mencela ulama.

7. Para Hafiz Al-Quran
Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka. (Hadis Riwayat Tarmizi)

  • Ramai manusia zaman sekarang beranggapan, hantar anak pergi sekolah Tahfiz akan menyebabkan anak mereka tak dapat cari makan bila anak mereka dewasa kelak. Mereka ini hanya beranggapan seolah-olah Tuhan bukan pemberi rezeki. Mereka dalam tidak sedar bahawa mereka telah melakukan syirik!

8. Syafaat kecil termasuk daripada para solehin dan shadiqin serta anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan.

  • Solehin ialah orang yang soleh, iaitu orang yang taat pada Allah, Nabi Muhammad, agamanya, ibu bapanya, gurunya dan hormati jirannya dan masyarakat sekitar.
  • Shadiqin ialah orang yang jujur dan benar bagi setiap perkara dalam urusan hidupnya sama ada perniagaan, pemerintahan dan lain-lain lagi.
  • Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.

 

Rujukan 8 syafaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Sabar

Hikmah Sabar dan Bersedekah

Hikmah Sabar dan Bersedekah – Pada suatu hari Saidina Ali ra pulang dari rumah Rasulullah ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: