BREAKING NEWS
Home » Alatan dan Gajet Outdoor » Kelengkapan Asas Sebelum Keluar ‘Outing’
Dr. Eyes Drop

Kelengkapan Asas Sebelum Keluar ‘Outing’

Sebenarnya ramai tahu kelengkapan asas apa yang perlu dibawa ketika keluar beriadah untuk ke hutan, gunung dan ke mana saja .Tetapi ramai yang lupa atau tidak ambil kisah atau lokek ilmu atau tak tahu langsung untuk memberitahu kepada kawan,adik atau peserta perkara asas senarai barang yang diperlukan dalan kegiatan luar.

Di sini kami akan catatkan perkara-perkara tersebut agar semua mendapat menafaat darinya terutama yang masih baru. Penulisan ini lebih kepada pengunaan individu atau peserta program.

Kelengkapan yang perlu di bawa atau ada:

  1. Hoversack (beg galas) overnight atau daypack –Bergantung kepada masa dan tepat yang hendah ditujui. Sediakan beg mengikut kesesuaiannya. Sebaik mungkin gunakan yang beg yang berkualiti dan sedap dipakai.
  2. Kasut trekking/slipar/sandle -Tidak kira bagaimana keadaan muka bumi tempat yang anda akan pergi gunakan mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya gunakanlah yang berkualiti dan menjamin keselesaan dan keselamatan.
  3. Pakaian yang secukupnya dan yang berkaitan -Ia bermaksud pakaian yang bersesuaian untuk ke sesuatu destinasi. Paling penting disini ialah pakaian treking, pakaian di kem site, dan untuk pulang, baju sejuk,stokin, sarung tangan dan apa-apa yang perlu bagi anda.
  4. Peralatan untuk makan dan minum-Bawalah kelengkapan itu mengikut masa destinasi dan keperluan. Barang-barang itu ialah, Messtin, pingan/mangkuk ,bekas minuman (cawan,botol air atau water bladder), sudu dan garpu.
  5. Keperluan asas yang penting 1 -contonya ialah sleeping bag (penting), sleeping mat,lampu suluh atau headlamp dan bateri tambahan (penting),pisau atau parang,baju hujan,ubat persendirian, peralatan mandian, stokin pacat,stove (jika ada), mancis, lighter ,tongkat dan apa yang perlu bagi anda.
  6. Keperluan asas yang penting 2 – contohnya makanan ringan (cokelat dan lain-lain), air pemberi tenaga (100plus,redbull dan lain-lain).

Ok cukup di sini yang dapat saya catatkan, nampak ringkas tetapi penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: