BREAKING NEWS
Home » Tanaman » Kenali Bidara Epal
Kenali Bidara Epal

Kenali Bidara Epal

Kenali Bidara Epal. Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba’ ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28 dan seperti juga subjek lain, sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya.

Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.

Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntaha, tempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi’raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana.

Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.

Sila ke link ini untuk huraian setiap ayat dan hadith tentang pokok Bidara ini.

Selain daripada hadith-hadith yang disebut di atas, terdapat juga hadith-hadith berikut tentang pokok Bidara yang jelas menunjukkan betapa mulianya pohon ini di sisi Allah swt :

“Sesiapa yang memotong pokok Bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka.” (Riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani)

dan

“Hadith ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok Bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh musafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya di neraka.” (Abu Daud sunan Abi Daud, 4/361, Beirut: Dar al-Fikr)

Sekiranya pokok Bidara ini ditempatkan di tempat yang paling tinggi, suci dan menjadi lambang kehebatan kuasa Allah swt, maka sudah tentunya pokok ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang luarbiasa kemujarabannya.

Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti terdapat terlalu banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok ini.

Terdapat banyak spesis pokok Bidara, dan yang paling dikenali ialah spesis Ziziphus spina-christi dan Ziziphus mauritiana. Nama saintifik ini berasal dari perkataan Arab zizouf. Kajian saya lebih kepada Ziziphus mauritiana kerana ini adalah spesis yang terdapat di Malaysia.

 

Pokok Bidara Epal

Pokok bidara epal cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Buahnya lembut, berair, berbiji boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis dan kecanggihan penanaman, buah mampu mencapai ukuran 6.25 cm panjang dan 4.5 cm lebar. Bentuk buah hampir bujur-melonjong, bulat atau lonjong. Kulitnya licin pada am nya berkilat, nipis tetapi padat. Buahnya masak pada berlainan masa, walaupun pada pokok yang sama. Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang sepenuhnya. Ia lembut, berair berkulit kedut dan mempunyai aroma yang amat menyenangkan. Rasanya manis dan masam-masam-manis.Tekstur isi dan rasa menyerupai epal, apabila mengkal isinya putih dan ranggup, berasid hingga separa asid tapi manis. Buah yang terlalu masak kurang ranggup dan seperti bertepung, buah terlebih masak pulak berkedut, isi bewarna krim, lembut, berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan berubah menjadi hapak. Terdapat biji keras ditengah, bujur atau lonjong yang mengandungi 2 biji benih bujur, coklat, 1/4 (6mm) panjang.

Bunganya kecil, kuning, 5-kelopak dan biasanya berdua atau bertiga di celah daun. Bunga putih atau putih kehijauan dan buahnya bewarna oren coklat, 2-3 cm panjang, boleh dimakan dengan pulpa putih mengelilingi 2-locular pirena.

bidara di timur tengah

Pokok bidara yang terdapar di Timur Tengah.

Ziziphus spina-christy : dikatakan Nabi Isa a.s. telah dipakaikan  mahkota yang dinamakan Crown of thorns  yang diperbuat dari lingkaran duri-duri dari pokok ini.

Ziziphus spina-christy : dikatakan Nabi Isa a.s. telah dipakaikan mahkota yang dinamakan Crown of thorns yang diperbuat dari lingkaran duri-duri dari pokok ini.

Pokok bidara epal

Pokok bidara epal

Bidara berbunga

Bidara berbunga

buah-bidara-muda-2

Buah bidara muda

buah bidara 3

Bidara Epal. Nampak macam epal, bagaimana rasanya?

Rasa buah ni pulak sebenarnya tak tergambar dengan kata kata. hanya tekak kita je yang faham apa rasanya. haha. oke oke. rasa dia rangup. kruk krak kruk krak. kalau buah epal hijau lembut sikit, buah ni pulak keras sikit. macam lebih kurang buah lai. rasa dia pulak macam buah lai campur sengkuang cina sikit campur pisang kaki sikit. wah wah. eksotik gila kan? tulah. unik betul ciptaan Allah ni. sedap memang sedap. aku suka je. buah ni agak tawar, tapi bila dah lama makan dekat hujung hujung tu rasa manis. err.. faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni? Hush-Its My Life

 

 

Kandungan (Chemical Constituents) – Hasil Kajian dari Jodhpur National University

  • Antioksidan – flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin
  • Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi)
  • Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL)
  • Carotene
  • Kalsium, besi, fosfurus
  • Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.

 

Sifat-sifat Perubatan

  • Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati). Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol.
  • Berkesan melawan oxidative stress yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser.
  • Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.
  • Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji.
  • Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).
  • Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen)
  • Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia).
  • Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli
  • Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.
  • Anti radang (Anti-inflammatory)

Applikasi

  • Salah satu bahan sunnah dalam mandian untuk jenazah (sila lihat hadith di atas).
  • Rawatan mandian untuk masalah gangguan makhluk halus.
  • Mandi haid
  • Rawatan perubatan untuk beberapa masalah dan penyakit terutamanya hati, perut dan paru-paru.

Kegunaan

  • Daun – penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.
  • Buah – masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. 
  • Biji – loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit.
  • Bunga – losyen untuk mata .
  • Kulit – cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).
  • Akar – gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

Wallahua’lam bisowwab. Artikel ini tidak bertujuan untuk menjadi nasihat untuk rawatan sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan perawat profesional untuk diagnosis dan rawatan yang sempurna.

 

KREDIT :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

homeopathy_works

Produk Ajaib Kaedah Perawatan Homeopathy Mutiarassyifa

Produk Ajaib Kaedah Perawatan Homeopathy Mutiarassyifa . Assalamualaikum. Akhir-akhir ini masalah kesihatan terutama penyakit-penyakit kronik 3 ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: