BREAKING NEWS
Home » Info » Kenali Kebaikan Gingko Biloba

Kenali Kebaikan Gingko Biloba

ginkgo-ginkgoKenali Kebaikan Gingko Biloba. Di kalangan orang Cina, pengambilan Gingko biloba dianggap sangat berguna untuk kesihatan diri secara holistik. Oleh itu, kita dapati kebanyakan orang Cina tidak dapat dipisahkan dengan tumbuhan ini.Berikut dipanjangkan khasiat Gingko biloba yang telah diketahui umum……

Dalam perubatan China, biji Gingko biloba dianggap lebih bermanfaat berbanding daun. Ia digunakan untuk merawat asma, masalah keputihan, kencing malam dan tidak terkawal dan tonik paru-paru kerana ia mempunyai bahan anti bakteria dan anti kulat. 

Bagaimanapun sejak 30 tahun yang lalu, ahli sains mendapati ekstrak daunnya lebih bermanfaat kerana kandungan flavonoid dan terpena lakton yang bertanggungjawab ke atas kebanyakan tindakan biologi dalam tubuh manusia.

gbGingko menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak Gingko biloba.
Gingko biloba turut dipercayai memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Memandangkan otak terdiri daripada asid perlu tak tepu yang tinggi, ia mendedahkan kepada radikal bebas. Gingko biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan.
Ginkgo-Biloba-SeedMinyak ikan yang kaya dengan asid dokosaheksanoik juga turut memberi impak kepada rangsangan minda. Rangsangan minda sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak, malah sesuai juga untuk golongan berusia bagi mengekalkan kecergasan minda. Membaca, menyelesaikan teka-teki, teka silang kata serta bermain catur merupakan antara permainan yang boleh merangsang minda.
variasi gb
Terdapat banyak produk ubat-ubatan untuk membantu meningkatkan daya ingatan di pasaran dan antaranya ialah Gingko Biloba.Gingko Biloba mampu meningkatkan daya ingatanGingko Biloba merupakan tumbuhan tertua yang diketahui manusia yang dapat meningkatkan ingatan pada golongan dewasa dan mengembalikan fungsi ingatan pada pesakit yang mengalami  gangguan otak kronik.
Ramuan gingko melancarkan pengaliran darah. Ini beerti lebih banyak nutrisi dan oksigen yang masuk ke otak sehingga kemampuannya meningkat.Gingko membantu salur darah rehat dan berkembang serta memudahkan peredaran darah dan menghalang kolestrol menyempitkan saluran darah, sangat bagus untuk membantu pengguna yang mengalami masalah lemah jantung dan serangan stroke.

One comment

  1. alhamdullilah,saya baru sahaja bermula untuk menggunakan produk gingko biloba ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: