BREAKING NEWS
Home » Info » Kenali Sifat Munafik

Kenali Sifat Munafik

Kenali Sifat Munafik. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah)
 
1.  Apabila dipercayai ia khianat,
2.  Apabila bercakap ia berdusta,
3.  Apabila berjanji ia mungkir dan
4.  Apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran/berlebihan/melampaui batas (Menegakkan benang basah) .
 

.

Pengajaran Hadith:

  • Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
  • Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
  • Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
  • Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Kali ini saya akan juga kongsikan video mengenai sifat munafik. Sebagai Muslim kita patut tahu akan sifat ini agar kita tidak terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Posting ini mengandungi 3 video ceramah oleh Ustaz Firdaus Subhi.

 

MUNAFIK BAHAGIAN 1

MUNAFIK BAHAGIAN 2

MUNAFIK BAHAGIAN 3 (AKHIR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: