BREAKING NEWS
Home » Info » Khasiat Rempah Ratus Dalam Masakan Kita

Khasiat Rempah Ratus Dalam Masakan Kita

 

Khasiat Rempah Ratus Dalam Masakan Kita. Pernahkah anda terfikir,mengapa nenek moyang kita terdahulu,hidup lebih sihat,jarang dihinggapi penyakit,kuat daya tahan tubuh badannya,cergas dan tegap ototnya serta lebih panjang jangka hayatnya berbanding dengan kita yang hidup pada zaman serba maju serta lebih canggih kemudahan perubatannya?

Ya,memang benar gaya hidup dan corak pemakanan lah yang membezakan kualiti hidup antara generasi hari ini dengan mereka yang terdahulu.

Salah satu amalan yang menjadi rutin nenek moyang kita dahulu ialah mengamalkan pengambilan rempah ratus dalam sajian harian mereka.

Nah,jika anda ingin hidup lebih ceria,punya tubuh yang lebih sihat dan menawan,apakata…cetak catatan ini,tampalkan pada kabinet dapur,peti sejuk atau di mana sahaja tempat di dapur yang boleh mengingatkan anda agar sentiasa mempertimbangkan penggunaan rempah ratus ini dalam sajian harian anda,dan lihat kuasa ajaibnya sebagai penyembuh!

KAYU MANIS

Khasiat : Ujian klinikal menunjukkan bahawa kayu manis adalah rempah yang aktif,menambah glukos dan mencegah lebihan kandungan gula dalam darah. Penyediaan : Jadikan serbuk kayu manis sebagai bahan campuran dalam hidangan pagi seperti kopi,teh,sup atau bijirin.Amalkan satu sudu sehari.

Kayu manis juga berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi
megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi
mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit
serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras.
Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan
minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan,
terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca
daripada kesejukkan. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai
diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau
kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh
digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga
menghilangkan masalah pernafasan berbau.

Bonus: Dapat menghindarkan tubuh daripada kesejukan. Kayu manis dalam
sajian boleh melancarkan peredaran darah dan membantu mengatasi masalah
suhu badan yang rendah.

 

JINTAN MANIS

Khasiat : Kajian di Jerman mendapati minyak daripada jintan mengandungi carminative ( gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut. Penyediaan : Masukkan 1 sudu serbuk jintan ke dalam omelette,coleslaw atau kek buah-buahan.Untuk mengubati masalah pencernaan (dypepsia) campurkan jintan dengan minyak pepermin dalam ramuan.

Jintan Manis (Anis @ Anisum) – Jintan manis
banyak khasiatnya lain – ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan
aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya
juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.

Bonus: Meredakan batuk – berkesan meredakan batuk dan sakit kerongkong. Masukkan 2 sudu jintan ke dalam 2 cawan air dan biarkan selama 2 minit. Kemudian campurkan madu dan sedikit air panas sebelum diminum.

 
 
 

LADA HITAM

Khasiat : Lada hitam dipercayai boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Ia juga mengandungi thermogenic yang menggalakkan kadar metabolik. Penyediaan: Taburkan serbuk lada hitam dalam hidangan ,sama ada hidangan steak ataupun salad.

Bonus : Mampu menyerap lebih nutrien – Piperine iaitu komponen aktif dalam lada hitam menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam usus. Jadi,mengambil lada hitam bersama hidangan menjadikan anda lebih sihat!

 

 

JINTAN PUTIH

Kelebihan :Menurut kajian Universiti Cornell,jintan putih yang bersifat antibakteria menghapuskan 80 % bakteria atau fungus dalam makanan serta mematikan kuman. Penyediaan :Kisar jintan putih dengan sedikit kapur makan dan jadikannya sebagai bahan penyedap salad atau roti dan sebagai salah satu ramuan dalam sajian hidangan Mexico dan India.

Bonus :Mengelak strok-Kajian daripada pelajar University Of Southern Denmark mendapati jintan putih menyekat pembekuan darah sekali gus memberi peluang kepada pengamalnya dari risiko terkena strok.

 

 

 

CENGKIH

Kelebihan :Kajian di Universiti Kansas berkaitan rempah mendapati cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging. Penyediaan :Gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.

Bonus :Melindungi gigi dan gusi.Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.Untuk gusi yang sihat,masukkan 1 atau 2 sudu cengkih dalam1 cawan teh pekat dan minum.

 

SERBUK LADA MERAH:

Kelebihan : Capsaicin iaitu bahan aktif dalam lada boleh meningkatkan kadar metabolik sebanyak 25%. Penyediaan : Untuk membakar lemak,campur 1 sudu teh serbuk lada merah dalam penyediaan makanan.Sebelum menyediakan menu yang berbentuk manisan,taburkan sedikit lada merah ini bersama campuran madu dan kayu manis.

Bonus : Melegakan sakit otot – 81% kes sakit otot dapat diatasi apabila pesakit ini mula mengamalkan lada merah dalam pemakanan dalam tempoh dua bulan.

HALIA

Kelebihan : Gingerols sebagai komponen aktif dalam halia menyekat cyclooxygenase iaitu enzim yang bertindak balas kepada penyakit radang. Penyediaan : Sedia satu cawan teh panas yang dicampurkan dengan 2 sudu serbuk halia. 2 sudu halia kering juga boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam pai,roti atau kek.

Bonus : Halia membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah,kata Susan M.Lark yang mengkaji kebaikan halia kepada tubuh.

KUNYIT

Kelebihan : Cucumin yang didapati dalam kunyit berfungsi meningkatkan daya ingatan dan membantu masalah mental.Kajian ahli sains di Los Angeles mendapati diet yang kaya dengan bahan cucumin boleh mengurangkan pertumbuhan beta- amyloid yang menghalang komunikasi antara sel otak. Penyediaan : Tingkatkan daya ingatan anda dengan mencampurkan satu sudu kunyit dalam sayuran atau sebagai perisa makanan yang sesuai.Cuba dapatkan satu sudu sehari.

Bonus : Kandungan cucumin yang bersifat antioksida dan antiradang juga bertindak balas melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Dengan mencampurkan 2 sudu serbuk kunyit,1 sudu jus limau dan sedikit air boleh menyembuhkan kesan luka.

DAUN KARI

Daun kari yang digunakan dengan meluas dalam per­ubatan India pula mempunyai khasiat berbeza. Ia dijadikan tonik herba untuk membantu menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga digunakan sebagai julap bagi membantu mengatasi masalah sembelit.

 

SERAI

Serai – ia mewangikan malah mengharumkan masakan.selain dalam masakan, minyaknya digunakan secara meluas dalam wangian sabun, pembersih detergen dan barang-barang lain. Minyak Serai digunakan untuk mengubati kembung (flatulence), pergerakan usus yang tidak tetap dan rangsangan gastric, serta baik untuk merawat reumatisme dan salah urat.

BUNGA LAWANG

Bunga Lawang – Sesuai sebagai ubat sakit gigi – Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Gigi yang sakit akan beransur pulih. Gigi sihat tubuh badan kita pun rasa sihat juga.

BUAH PELAGA

Buah Pelaga: Digunakan untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus,merangsang dan melawaskan haid dan air kecil, tonik jantung, laksatif, stimulant,tonik perut, merawat bengkak dan sakit, cirit, jangkitan pada kerongkong, masalah di dalam rahim, mulas perut, pancutan mani pramasa, penyakit hati, perut dan usus kembung angin, sakit dada, sakit gigi, sakit kepala, sakit perut, sakit telinga dan merangsang penghadaman.Boleh juga dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.

Kandungan: Kalsium oksalat, karbohidrat, minyak esen, minyak tetap. Kandungan utamanya ialah asid linoleik, asid oleic, dan asid palmitik, protein, dan silica.

BUAH KERAS (KEMIRI)

Minyak daripada buah keras bokeh merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan wanita selepas bersalin

Minyaknya juga boleh melebatkan rambut dan mampu merawat masalah rambut gugur dan bercabang

Sebagai ramuan untuk kosmetik seperti syampoo,sabun,lulr badan dan sebagainya

Daunnya boleh menghilangkan sakit kepala dgn izin Allah

Sebagai penyedap masakan spt sup,kari,masak merah ayam,rendang,tumisan sayuran dan lain lain lagi

*******

 

Itulah sebabnya orang-orang pada zaman dahulu memanfaatkan kebaikan dan khasiat semulajadi rempat ratus dalam menjaga kecantikan dan kesihatan mereka. Bahan asas kecantikan daripada bahan semulajadi lebih selamat, semulajadi dan tiada kesan sapingan. Ia juga tidak perlu diragui kesliannya ataupun hukum hakamnya kerana sudah tentu ia bahan yang halal digunakan tanpa was-was.
 
 

One comment

  1. Salam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
    Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
    ✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.contoh pesakit gout belum ada lagi herba untuk gout yang mampu hilangkan terus gout.banyak yang Cuma mampu menahan saja dan kena makan hari hari berbeza dengan jus infiniti keluaran jutawan herbs.cukup untuk makan berapa botol saja gout anda telah pulih dan tidak perlu risau lagi dan hari hari boleh makan udang dan ikan bilis macam sebelum sakit gout.memang hebat..
    ✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
    ✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
    ✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: