BREAKING NEWS
Home » Info » Kisah Pak Kaduk. Adakah Pada Zaman Moden Ini?

Kisah Pak Kaduk. Adakah Pada Zaman Moden Ini?

Kisah Pak Kaduk. Adakah Pada Zaman Moden Ini?Kisah ini bermula di dalam sebuah negeri yang diberi nama Cempaka Seri. Rajanya bernama Indera Seri. Raja Indera Seri ini terkenal dengan sikap sombong dan suka berjudi. Disebabkan keasyikannya menjadikan judi sebagai amalan seharian telah mendorong kebanyakan rakyat di negerinya leka dengan berjudi. Mereka terlalu asyik hingga melupakan syariat yang sepatutnya mereka ikuti kerana pada ketika itu raja-raja dan orang-orang besarnya memang amat suka melakukan pemaksiatan tersebut.

Di tepi hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua dalam umur pertengahan bernama Pak Kadok. Pak Kadok seorang yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya. Pada suatu hari Pak Kadok berkata pada isterinya Siti, “aku ingin pergi menyabung digelanggang baginda Raja kerana aku amat suka melihat keadaan orang yang ramai menyabung di situ”. “Kita bawa si Kunani ayam kita sebab ayam ni amat bertuah, kita pertaruhkan kampung kita kepada Raja, kalau kita menang tentulah kita akan mendapat duit dari Raja” sambung Pak Kadok Lagi.

Isteri Pak Kadok berkata,”jika begitu baiklah, pergilah awak menyabung bawa ayam kita. Sahut Pak Kaduk,” jahitkan baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya.

Kata isteri Pak Kadok, “bagaimana hendak membuat baju dan seluar ini?, kalau dipakai tentu akan koyak. Tak mengapa buatkan juga aku nak pergi” rungut Pak Kadok.

Isteri Pak Kadok tidak berdaya lagi melayan percakapan Pak Kadok, lalu ia mengambil gunting dan mula mengunting kertas tersebut untuk dibuat seluar dan baju. Pak Kadok menyuruh isterinya supaya tidak menjahit seluar dan baju tersebut hanya perlu guna pelekat sahaja supaya cepat siap.

Apabila siap, Pak Kadok dengan berasa bangga memakainya dan pergilah ia kegelanggang tersebut. Selang tiada berapa lamanya Pak Kadok sampai digelanggang tersebut. Baginda Raja kenal dengan Pak Kadok, apabila baginda terlihat Pak Kadok lalu disapanya, “hai Pak Kadok apa khabar? menyabung kita?”.

Maka Pak Kadok pun segeralah menyembahkan ayam sabungannya kepada baginda. Setelah diamati baginda berasakan ayam sabungan Pak Kadok amat berpontensi untuk menang. Lalu baginda mencadangkan agar ayam sabung Pak kadok ditukar dengan ayam sabungannya. Baginda berkata ” Pak kadok ambilah ayam sabung beta yang amat bertuah ni berbanding dengan ayam Pak Kadok yang kurang tuahnya”.

Setelah mendengar titah Raja tersebut, Pak Kaduk dengan suka citanya bersetuju untuk menukar ayam sabungannya dengan Raja. Setelah pertukaran dibuat, baginda Raja bertanya pada Pak Kadok “apakah pertaruhannya kita kali ini?”. Maka sembah Pak Kadok, “ampun tuanku, patek ini tiada harta hanya kampung tempat tinggal patek yang ada, jadi kampung tersebut patek pertaruhkan”. Baginda Raja bersetuju dengan apa yang Pak Kadok persembahkan.

Pak Kadok mengadaikan kampung halamannya sebanyak 100 Rial atas persetujuan bersama baginda Raja. Tetapi baginda Raja telah menyorok sebahagian wang gadaian tersebut. Setelah persetujuan pertaruhan selesai penyabungan pun bermula.

Dalam pertempuran tersebut ayam sabungan Pak Kadok Si Kunani telah berjaya mengalahkan ayam sabungan Baginda Raja Si Jalak. Setelah melihat Si Jalak sudah mati, Pak Kadok melompat kegembiraan sehingga terlupa bahawa Si Kunani telah menjadi milik Raja. Oleh kerana terlalu asyik melompat kegembiraan seluar dan baju kertasnya tadi habis terkoyak dan bertaburan, bertelanjang bulatlah Pak Kadok di khalayak ramai.

Semua orang termasuk baginda Raja tertawa terbahak-bahak melihat telatah Pak kadok. Baru Pak Kadok perasan bahawa pakaiannya sudah koyak semuanya. Pak Kadok berasa amat malu lalu terus melarikan dirinya tanpa menoleh kiri dan kanan.

Baginda Raja berkata, “malang sungguh Pak Kadok ayam sabungnya menang tapi kampung tergadai.

Maka, dijadkan seloka,

Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,

Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,

Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk

Ini adalah sebahagian cerita Pak Kadok yang banyak memberikan kita pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan yang mendatang. Sama-samalah kita renungkam dan ambil iktibar.
 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: