BREAKING NEWS
Home » Berita Umum » Latihan Nasyid

Latihan Nasyid

Latihan Nasyid. Alhamdulillah, cuti sekolah ni saya diberi kepercayaan oleh pengurusan Felda tempat saya mengajar untuk menubuh dan menguruskan kumpulan nasyid untuk ke pertandingan nasyid sempena Karnival Kesenian Al-Quran Peringkat Negeri pada 2 Disember nanti. Kalau berjaya kami akan ke peringkat kebangsaan di Felda Jengka 18, Pahang. Peringkat kebangsaan disertai oleh wilayah-wilayah Felda di seluruh Malaysia.

Sebenarnya untuk Felda kumpulan yang saya bawa telah 2 kali ke kebangsaan iaitu pada 2011 (Trolak) dan 2013 (Johor Bahru – Lok Heng). Kedua-duanya kami guna minus one tapi tak menang walaupun agak OK. Hasil risikan saya, kemungkinan besar hakim di kebangsaan hanya memilih yang menggunakan percussion walaupun minus one dibenarkan. Betul ke tidak saya tak pasti. Jadi saya bercadang kali ini kami gunakan percusion

Percussion-02

Alat-alat percussion yang sempat kami kumpulkan. Sebahagian besar ihsan dari rakan-rakan.

Percussion

Dari kiri – Bongo, Djembe, Chime, Tambourine, Konga dan Darbuka

Bermulalah kerja yang mencabar bagi saya. Pertama meminang jurulatih yang sanggup melatih kami, terutama dalam permainan percussion dan nyanyian menggunakan percussion. Kedua – mendapatkan para penyanyi, saya cuma dapat yang wanita. Ketiga pemain percussion, alhamdulillah dapat yang lelaki. Dan yang paling getir mendapatkan alatan. Berkat kesungguhan dengan cuma guna 2 alatan sekolah (konga dan yankee), beli 2 buah (darbuka dan cajon) dan ihsan rakan-rakan bagi pinjam dapatlah alatan lain seperti djembe, darbuka ke-2, chime, tambourine, bongo, agogo bell dan sebuah lagi mungkin versa djembe.

Darbuka REMO

Dari kiri – Tambourine, (LP), Djembe (Remo) dan Darbuka. Semua dengan stand

Darbuka REMO-01

Yang ni jenama Remo, Agak besar. Mungkin tergolong dalam jenis Darbuka. Anggaran harga RM900 – RM1000

Djembe Remo

Djembe – top model dan brand jenama Remo. Anggaran harga RM1600 – RM1700

Latihan-02

Barisan alatan percussion – kalau diperhatikan ada 2 buah darbuka hampir sama saiz. Yang dekat jenama LP dan yang jauh jenama CMC. Kelihatan juga Cajon yang baru dibeli (warna oren) jenama Echoslap. Cuma RM400

Latihan-04

Barisan percussionist kami yang dilatih oleh Ustaz Najmi

Masa yang diberikan agak suntuk dengan kewangan yang ‘kronik’. Kami cuma sempat berlatih dari C sampai M 🙂 (bukan A sampai Z sebab banyak shortcut dan tak khatam) dalam masa 6 sesi iaitu 2 jam/sesi.

2014-11-30_095609

Sesi latihan kami pada hari ke 5. Jumlah masa latihan lebih kurang 6 – 10 jam.

Hasil latihan kami, bagi saya permainan percussion agak mantap. Masalah pada nyanyian iaitu key nada ada yang tak berapa tepat, suara keras perlu di ‘soft’ kan lagi, voicing perlu diperbaiki dan nyanyian keseluruhan kurang tegas di tempat-tempat yang sepatutnya ‘attack’. Maklumlah, ahli-ahli masih dalam peringkat awal belajar. Gaya pun cubalah buat, sikit tak pe asalkan kemas Apapun tahniah pada semua. Cubalah yang terbaik. Sikap berkerjasama, ikhlas,bersungguh dan bersatu hati amat penting dipupuk. Petang ni baiki lagi untuk pertandingan pagi esok. Moga berjaya.

KATEGORI PERTANDINGAN NASYID

Nasyid di Malaysia selalunya dipertandingkan mengikut pelbagai kategori. Selain mengikut jantina dan peringkat umur, juga terdapat cara nasyid itu dibawa seperti kontemporari atau moden dan tradisi.

Untuk peringkat sekolah rendah dan menengah selalunya kategori moden atau tradisi tidak ditetapkan. Namun kategori tradisi menjadi pilihan kerana ianya lebih bersesuaian dengan penggunaan percussion. 

Contoh Kategori Tradisi

Contoh Kategori Moden

Contoh Kategori Sekolah (Percussion)

Contoh Proses Sound Chek

.

SELOK BELOK PERTANDINGAN NASYID

Sepanjang penglibatan saya dalam pertandingan nasyid seperti mengurus dan melatih pasukan, mencipta/menggubah lagu termasuk menjadi hakim di beberapa pertandingan, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap pihak yang terlibat. Walaupun ianya secara subjektif tetapi boleh dirumuskan seperti berikut:

A. Kategori Pemarkahan Pertandingan Nasyid

Bergantung kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh penganjur. Secara umumnya merangkumi:

  • Tema – lagu menepati tema dari segi tajuk dan lirik
  • Lagu – kriteria lagu yang selalu diperlukan ialah
    • Lagu ciptaan sendiri
    • Mengandungi keperlbagaian irama/ras seperti bayati, masri dsb.
    • Mengandungi kepelbagaian rentak yang sesuai dengan lagu seperti baladi, march dsb.
    • Kasidah – elemen wajib dalam nasyid pertandingan (dibuat dalam nyanyian secara rasmi atau tidak tapi itu yang diberi markah)
  • Suara nyanyian- termasuk lapisan suara ‘first, second dan third’ (jika mampu), penggiliran sebutan, nada rendah dan tinggi (keseluruhan nyanyian yang mendatar dianggap lemah), dinamik dan sebagainya.
  • Beat dan key suara – elemen asas utama bagi memenuhi nyanyian yang sempurna.
  • Pergerakan/gaya – digalakkan membuat pergerakan tetapi pada batas kesopanan dan hukum Islam serta bersesuaian dengan lagu dan mesejnya. Pergerakan seakan joget/tarian dianggap tidak perlu malah mungkin melibatkan pemotongan markah atau ‘disqualification’. Sebagai contoh terutama wanita tidak dibenarkan menggoyangkan badan, lenggok bahu dan sebagainya secara berlebihan.
  • Intro masuk/keluar – trend baru kebanyakan pertandingan peringkat tinggi tidak membenarkan intro masuk dan keluar. Ianya  dianggap membazirkan masa. Jika tidak dinyatakan dalam peraturan, membuat intro masuk dan keluar tidak diberi markah tetapi jika tersilap/sumbang kemungkinan besar dipotong markah.
  • Pakaian – sopan, tidak ketat dan bersesuaian (Islamik)
  • Penggunaan minus one atau percussion. Walaupun dibolehkan dalam syarat tetapi selalunya percussion diberi kelebihan (kajian perlu dibuat berdasarkan pertandingan yang bakal disertai). Bagaimanapun dalam pertandingan Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) anjuran JAKIM dan TV Hijrah hanya menggunakan minus one. 
  • Sebutan – jangan gunakan sebutan kedaerahaan. Penekanan juga dalam penggunaan sebutan ala  ke’arab’an dengan sebutan yang betul dan jelas termasuk membunyikan huruf-huruf/sebutan ح dan ا , اه dan ع dan sebagainya.

.

B. Penganjuran Pertandingan Nasyid

Bagi menganjurkan sesebuah pertandingan nasyid pihak penganjur mestilah peka dengan aspek-aspek penganjuran asas berikut:

i. Syarat-syarat pertandingan

  • Penganjur perlu mengeluarkan syarat-syarat pertandingan yang jelas, yang asasnya termasuk:
    • Tema
    • Tarikh dan masa
    • Jumlah peserta
    • Kelayakan peserta – kriterianya mungkin merangkumi umur dan lain-lain.
    • Jangka masa persembahan
    • Syarat-syarat lain seperti lagu, jangka masa, penggunaan alatan (minus one, percussion atau kedua-duanya) dan lain-lain.
    • Butiran lengkap pemarkahan termasuk sub itemnya serta peratusan markahnya. Selain membantu peserta ia akan memudahkan penghakiman oleh hakim.
    • Pendaftaran – tentukan caranya, tarikh dan masa.

Contoh syarat

 

ii. Sistem siaraya (PA System)

  • Sesuai untuk pertandingan berbentuk nyanyian seperti jumlah mikrofon (untuk penyanyi dan percussion), fungsi gema (echo) dan sebagainya.
  • Pengendali (technician) dan krew  yang berwibawa (tahu dan mampu mengendalikan PA untuk keperluan nyanyian).
  • Mikrofon untuk percussion amat perlu terutama melibatkan kawasan yang luas, jika tidak bila jauh dari pentas hanya suara penyanyi yang kedengaran.
  • Jika menggunakan minus one harus ada pemain yang sesuai. Di peringkat yang lebih tinggi technician akan memuat turun minus one yang dibawa oleh peserta dan meletakkannya dalam perisian seperti Adobe Audition, Audacity dan sebagainya. Ianya memudahkan dan tepat bila dimainkan (mengurangkan kesilapan).
  • Sesi Sound Chek – sesuatu yang WAJIB dibuat, Satu sesi sound chek iaitu menguji dan menetapkan setting mixer untuk setiap kumpulan mengikut tahap yang mereka ‘puas hati’. Dalam sebarang pertandingan berbentuk nyanyian peserta mempunyai HAK untuk menentukan setting yang mereka puas hati. Untuk sistem PA yang terkini mereka menyimpan setting sound chek  secara digital dan menggunakannya semasa persembahan sebenar tanpa sebarang perubahan daripada setting yang telah ditetapkan oleh kumpulan.

iii. Penghakiman

Merupakan aspek terpenting yang perlu diberi perhatian. Penganjur MESTI menentukan hakim yang di pilih ahli (pakar) dalam bidang yang dihakiminya. Jika penganjur gagal, maka sangat besar kemungkinan ramai pihak yang teraniaya. Penganjur mesti memastikan pemenang adalah mereka yang benar-benar layak berdasarkan ilmu yang ada pada hakim. Antara hakim yang perlu dilantik ialah untuk menghakimi aspek-aspek utama berikut:-

  1. Lagu (30 -40%) – Hakim yang pakar tentang lagu-lagu. Selalunya terdiri daripada guru-guru muzik, penggiat seni suara (penggubah lagu). Mereka perlu tahu sama ada sesebuah lagu itu diciplak atau tidak.
  2. Suara (30 – 40%) – Menghakimi aspek suara – mahir tentang jenis-jenis suara seperti di atas.
  3. Gaya dan persembahan (10 – 15%) – Gaya yang sesuai dengan nasyid dan nilai Islam. Kekemasan dan kemantapan tanpa kelihatan seperti dilakonkan.
  4. Pakaian (5%) – Pakaian yang memenuhi syarat dan sesuai. Selalunya digabungkan dengan persembahan.
  5. Lirik (10 – 15%) – Memastikan lirik menepati tema, bermutu dari segi maksud, permainan kata, rima, bahasa dsb.
  6. Bahasa dan sebutan (5 – 10%) – Merupakan aspek khusus yang terdapat dalam penghakiman nasyid. Biasanya hakim dilantik dari kalangan Qari atau ustaz yang mahir dalam seni suara Islam seperti tilawah Al-Quran, nasyid, marhaban dan berzanji dan sebagainya.

Sangat penting juga penganjur memberi taklimat kepada hakim yang dilantik tentang syarat-syarat pertandingan. Letakkan satu salinan syarat di atas meja setiap hakim agar mereka tidak ‘terbabas’ syok sendiri.

Setiap penganjur tentunya berhasrat meningkatkan pencapaian dan mutu organisasinya, atau mudahnya nak menang diperingkat yang lebih tinggi bagi organisasinya.Saranan saya…

Jagalah kredibiliti penganjuran dengan memastikan perkara-perkara di atas dipatuhi. Ingatlah pasukan yang berwibawa telah menjalani kaedah latihan yang teratur beserta ‘ilmu’ nasyid/nyanyian. Proses ini melibatkan banyak pengorbanan seperti masa, tenaga, emosi, kewangan dan banyak lagi. Janganlah kita sebagai pihak yang memikul tanggungjawab gagal ‘meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya’. Bila konsep ‘adil’ dibuat sambil lewa pasti nanti ada pihak yang teraniaya. Siapa nak tanggung, bila nak bayar? 🙂

Apapun bagi setiap pasukan yang sedang menjalani latihan nasyid tahniah diucapkan. Mengharapkan kemenangan adalah lumrah bila kita menyertai pertandingan. Namum lebih penting dari itu ialah niat, iaitu untuk berdakwah melalui nyanyian. Pasang juga niat untuk membuat persembahan terbaik dan berjaya menyampaikan mesej nyanyian anda. Soal kalah menang letakkan kemudian, memang adat pertandingan tak kira apa pun alasannya.

Moga bermanfaat.

Contoh kertas kerja penganjuran pertandingan nasyid

Download

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Van Basco - Tool Mudah Buat Guru Nyanyian

Van Basco – Tool Mudah Buat Guru Nyanyian

Van Basco – Tool Mudah Buat Guru Nyanyian. Alhamdulillah. Kali ini saya kongsikan beberapa lagu ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: