BREAKING NEWS
Home » Tip Outdoor » Membuat Batu Pemijak Pebble Stone Wash
Membuat Batu Pemijak Pebble Stone Wash

Membuat Batu Pemijak Pebble Stone Wash

Membuat Batu Pemijak Pebble Stone Wash. Laman akan tampak lebih berseri apabila di serikan dengan kehadiran batu pemijak pebble stone wash. Pebble Stone Wash adalah teknik menghasilkan penyudah “finishing” bahan-bahan yang diperbuat daripada simen. Jika buat sendiri, anda tidak perlu lagi membelinya sebaliknya boleh hasilkan sendiri seberapa banyak yang anda inginkan. Jom cuba 🙂

Tutorial Membuat Batu Pemijak Pebble Stone Wash

Membuat Batu Pemijak Pebble Stone Wash

 

BAHAN-BAHAN

  1. Batu kerikil halus (pebble wash)
  2. Bancuhan konkrit
  3. Acuan batu pemijak (1 kaki x 1 kaki atau mengikut saiz yang diingini)
  4. Peralatan pembinaan
  5. Span dan berus lembut
Antara Contoh Warna Pebble Stone Yang Boleh Anda Pilih

Antara Contoh Warna Pebble Stone Yang Boleh Anda Pilih

 

LANGKAH-LANGKAH MEMBUATNYA

  1. Sediakan bancuhan simen dengan nisbah dua bahagian pasir dan satu bahagian simen. Air disukat berdasarkan kadar kepekatan bancuhan.
  2. Sediakan acuan yang diperbuat daripada 4 keping kayu bersaiz 2 inci lebar. Letakkan di atas permukaan rata seperti papan bagi membentuk permukaan dan dasar sekata.
  3. Masukkan bancuhan simen ke dalam acuan.
  4. Kemudian taburkan batu pebble dengan rapat
  5. Ratakan bancuhan bersama batu pebble yang telah ditaburkan.
  6. Tekan perlahan-lahan sehingga batu pebble ditutupi lapisan nipis bancuhan simen sepenuhnya.
  7. Biarkan di bawah cahaya matahari selama 1 jam.
  8. Seterusnya, condongkan papan yang mendasari acuan membentuk batu pemijak tersebut. Dengan menggunakan span yang dipenuhi air, lap permukaan dengan lembut batu pemijak tersebut.
  9. Menggunakan berus cat, berus permukaan batu pemijak secara lembut untuk menyucikan permukaan nipis simen daripada batu pebble. Setelah permukaan nipis simen selesai di sapu, keringkan batu pemijak selama sekurang-kurangnya 36 jam di bawah matahari penuh.

Setelah dibiarkan kering batu pemijak batu pebble anda sedia digunakan!

 

BEBERAPA IDEA PENGGUNAAN TEKNIK PEBBLE STONE WASH

Klik pada imej untuk zoom

 

 

Kredit : Serilaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Gambar-gambar Kolam Koi Yang Menarik

Gambar Kolam Koi Yang Menarik. Memiliki kolam hiasan mungkin merupakan impian sebahagian besar dari kita. ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: