BREAKING NEWS
Home » Panduan Outdoor » Orienteering – Pengenalan Asas

Orienteering – Pengenalan Asas

Orienteering – Pengenalan Asas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

 

PENGENALAN

  • Sukan Orienteering merupakan sukan rekreasi yang tidak mengehadkan penglibatan daripada pelbagai peringkat umur.
  • Merupakan sukan yang menggabungkan acara seperti merentas desa, pandu arah dan mencari harta karun disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
  • Memerlukan keseimbangan dan kekuatan di antara koordinasi mental dan fizikal serta kesungguhan yang tinggi.
  • Sukan yang memerlukan anda berfikir sambil berlari

 

SEJARAH RINGKAS

  • Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke -19.
  • Bermula di Sweden pada tahun 1918, mulanya diperkenalkan kepada kalangan tentera.
  • Mejar Ernst Killander (Bapa Orienteering) mengambil inisiatif memperkenalkan kepada masyarakat umum sebagai sukan yang kompetitif, berperaturan dan diterima ramai
  • Pada tahun 1961, persatuan Orienteering ditubuhkan dengan nama International Orienteering Association (IOF) dengan 10 buah negara.
  • Antara kejohanan yang pernah dianjurkan adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup dan sebagainya.

 

PERKEMBANGAN ORIENTEERING DI MALAYSIA

  • Sukan ini dibawa masuk ke Malaysia sekitar awal tahun 1980-an.
  • Pulau Pinang merupakan negeri yang mula-mula menubuhkan persatuan orienteering dan dikenali sebagai Penang Orienteering Association ( POA ) pada tahun 1983.
  • Seterusnya mula berkembang ke negeri-negeri sekitar seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Pada tahun 1994, secara rasminya persatuan orienteering diletakkan dibawah satu bumbung dan dikenali sebagai Malaysia Orienteering Association atau MOA.
  • Badan induk ini ditubuhkan bagi menyelaraskan segala aktiviti sukan orienteering dan ditubuhkan sebagai badan orienteering yang mewakili Malaysia di dalam IOF.
  • Pada permulaan penubuhannya hanya mempunyai 7 buah cawangan negeri.

 

KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING

  • Sukan untuk semua.
  • Meningkatkan kecergasan fizikal & mental.
  • Meningkatkan daya tumpuan & daya saing.
  • Memberikan cabaran & keseronokan.
  • Membina keyakinan diri & sikap positif.
  • Persekitaran yang sihat.
  • Kemahiran pembacaan peta & kompas.
  • Keberanian & ketenangan dalam

 

Picture3

/

1. PETA UTAMA ( Master Map )

  • Peta utama adalah peta yang menunjukkan landasan ( course ) yang akan digunakan oleh peserta dan perlu disalin semula pada peta peserta.
  • Di dalam pertandingan, landasan telah pun siap dicetak / disalin ke atas peta yang diberikan kepada peserta bagi mengelakkan risiko kesilapan peserta dan menjimatkan masa.
  • Contoh Peta Utama

 

3

 

2. LANDASAN ( Course )

  • Landasan merupakan sekumpulan titik-titik kawalan yang perlu dilawati mengikut susunan tertentu.
  • Landasan dilukis di atas peta utama yang merangkumi semua titik kawalan, titik permulaan dan titik penamat.

4

 

3. KOMPAS ( Compass )

  • Kompas merupakan elemen yang terpenting dalam sukan orienteering dan merupakan alat bantuan menunjuk arah pergerakan.
  • Terdapat pelbagai jenis dan bentuk ditemui namun penggunaan kompas orienteering adalah lebih digalakkan bagi memudahkan mendapatkan arah pergerakan denganlebih pantas.

5

 

4. PENANDA KAWALAN ( Control Marker )

  • Penanda kawalan digunakan sebagai panduan olehpeserta.
  • Menggunakan warna-warna yang cerah dan mudah dilihat.
  • Diletakkan iaitu digantung pada aras yang sesuai iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
  • Setiap penanda kawalan mempunyai nombor kod masingmasing.
  • Pada setiap penanda kawalan juga disertakan sekali dengan penebuk ( puncher ).
  • Contoh penanda kawalan seperti berikut :

6

 

5. KAD KAWALAN ( Control Card )

  • Kad kawalan digunakan untuk membuktikan bahawa peserta telah sampai ke setiap penanda kawalan untuk menebuk lubang pada setiap petak yang disediakan.
  • Setiap peserta hendaklah mengisi segala maklumat pada kad kawalan supaya mudah disemak.
  • Kad kawalan hendaklah dijaga dengan baik sepanjang pertandingan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses pengiraan markah.

7

 

6. TITIK KAWALAN ( Control Point )

  • Titik kawalan merupakan penanda yang ditandai pada peta sebagai panduan kepada peserta yang digunakan sebagai sasaran.
  • Titik kawalan mempunyai simbol dan kegunaan yang berbeza-beza.
  • Contoh-contoh titik kawalan adalah seperti berikut :

8

7. PENEBUK LUBANG ( Puncher )

  • Puncher digunakan untuk memperlihatkan lubang yang akan ditandai pada setiap petak pada kad kawalan.
  • Setiap puncher mempunyai lubang-lubang yang berbeza bagi mengelakkan berlakunya sebarang penipuan oleh para peserta.
  • Terdapat juga puncher yang digunakan secara manual dan elektronik

9

 

8. KETERANGAN KAWALAN ( Control Description )

  • Keterangan kawalan adalah senarai titik-titik kawalan yang terdapat di dalam sesuatu landasan dan terdapat butiran sisi titik kawalan, kod kawalan dan dan keterangan ringkas
  • Keterangan untuk setiap kawalan merupakan suatu keterangan ringkas mengenai apakah ciri yang terdapat di sesuatu titik kawalan.

10a

10b

Picture2

JENIS-JENIS ORIENTEERING

  • Orienteering Merentas Desa
  • Orienteering Bermarkah
  • Orienteering Jalanraya
  • Orienteering Bukit
  • Orienteering Malam
  • Orienteering berganti-ganti
  • Star Orienteering (Norwegian)
  • Orienteering Pecut (Sprint)

Demikianlah Orienteering – Pengenalan Asas – akan bersambung….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Gambar-gambar Kolam Koi Yang Menarik

Gambar Kolam Koi Yang Menarik. Memiliki kolam hiasan mungkin merupakan impian sebahagian besar dari kita. ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: