BREAKING NEWS
Home » Tanaman » Pelbagai Khasiat Tanaman Roselle

Pelbagai Khasiat Tanaman Roselle

Pelbagai Khasiat Tanaman Roselle. Roselle (Hibiscus sabdariffa) adalah dari spesies hibiscus, famili Malvaceae. Tumbuhan asal Afrika Barat, dan mula dikenali dan di tanam di Asia pada kurun ke 17. Di tanam secara besar-besaran bermula pada tahun 1920 di Indonesia (dulu dikenali sebagai The Dutch East Indies). Ia adalah sejenis tumbuhan herba tahunan yang boleh hidup lama. Ia sesuai hidup di persekitaran tanah gembur yang subur, saliran air yang baik, terutama di iklim tropika. Ia hidup subur di kawasan yang mempunyai taburan hujan sekitar 10 inci (25 cm) dalam setiap bulan semasa pembesarannya. Asas batangnya sedikit keras berkayu, tumbuh setinggi 2-2.5 meter. Daunnya mempunyai antara 3 hingga 5 cuping (lobed), 8-15 cm panjang, tersusun berselang (arranged alternately) di atas batang dan berwarna antara hijau gelap dan hijau kemerah-merahan.

Bunganya berukuran lintang sekitar 8-10 cm, berwarna putih atau putih susu dengan warna merah pekat di bahagian dasar petal, mempunyai fleshy calyx, setebal 1.5-2 cm. Ketebalannya kadang-kadang mencapai ketebalan 3-3.5 cm. Warna buahnya akan bertambah merah apabila buah semakin matang dan ia akan mencapai tahap kematangan sekitar 6 bulan.

Komposisi Dalam Roselle

Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280 mg pada setiap 100 gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486 mg kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan).

Kandungan RoselleKomposisi Roselle

Kegunaan Roselle Dalam Dunia Perubatan

Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.

  • Anti infeksi bakteria.
  • Mengatasi hipertensi.
  • Membantu proses pencernaan.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh.
  • Mencegah kekurangan vitamin C.
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan ginjal.
  • Mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

Kegunaan Tradisional Roselle

Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

kegunaan rosellePelbagai kegunaan roselle

Khasiat Roselle

Roselle merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Antaranya :-

  • Menyihatkan mata.
  • Mengubati insomnia.
  • Mengurangi panas dalam.
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mengubati asma dan alergi.
  • Menghilangkan sakit di badan.
  • Menyeimbangkan berat badan.
  • Mengubati luka luar dan dalam.
  • Mempunyai efek anti kejang otot.
  • Memperlancar peredaran darah.
  • Mengubati pening kepala/migraine.
  • Mengatasi masalah stress/tekanan.
  • Membunuh bakteria penyebab TBC.
  • Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
  • Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
  • Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
  • Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh.
  • Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
  • Mengatasi masalah selsema, batuk dan demam.
  • Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
  • Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah dan kolesterol.
  • Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
  • Sebagai diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami).
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sebagai tonik.
  • Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA.
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambatkan penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
  • Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam roselle mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

homeopathy_works

Produk Ajaib Kaedah Perawatan Homeopathy Mutiarassyifa

Produk Ajaib Kaedah Perawatan Homeopathy Mutiarassyifa . Assalamualaikum. Akhir-akhir ini masalah kesihatan terutama penyakit-penyakit kronik 3 ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: