BREAKING NEWS
Home » Petua » Pokok Hiasan Pembersih Udara Dalam Rumah
Pokok Hiasan Pembersih Udara Dalam Rumah

Pokok Hiasan Pembersih Udara Dalam Rumah

Pokok Hiasan Pembersih Udara Dalam Rumah. Aktiviti harian membersih rumah tidak menjamin udara ruangan rumah kita bebas daripada gas-gas beracun.  Terdapat pelbagai partikel racun dalam udara seperti gas toluena, xilena, etil asetat, aseton, kloroform, benzena, trichloroethylene dan formaldehid yang membahayakan kesihatan kita dan keluarga.

Bahan-bahan tersebut boleh didapati daripada penggunaan kimia di dalam cat, penyembur minyak wangi, sabun pencuci dan banyak lagi tanpa kita sedari. Penyebaran gas itu boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, gatal kulit dan paling serius, kanser!

Kumpulan penyelidik dari NASA dan Associate Landscape Contractors of America (Alca) menjalankan penyelidikan mengenai unsur racun dalam bahan penjagaan rumah.

Mereka menemui 10 jenis pokok yang boleh mengurang dan menghilangkan partikel racun berbahaya dalam udara di rumah sekali gus mengembalikan kesegaran.


1. CHLOROPHYTUM COMOSUM

CHLOROPHYTUM COMOSUM
Juga dipanggil spider plant dan airplane plant, berasal dari Afrika dan digolongkan dalam keluarga Asparagaceae.

Awal penemuannya pada 1794, ia dikenali sebagai Anthericum comosum oleh pakar naturalis berbangsa Sweden, Carl Peter Thun Berg. Pada 1862, ia diberi nama baru yang kekal sehingga sekarang.

Terbahagi kepada dua spesies iaitu Vittatum dan Variegatum. Kedua-duanya popular sebagai pokok hiasan di rumah dan diiktiraf oleh Royal Horticultural Society, London.

Mudah ditanam dalam apa jua persekitaran dan mudah dijaga. Dalam tempoh setahun, ia menghasilkan bunga berkelopak putih dipanggil runners.

Bagi memastikan daunnya cantik dan segar, tanam pokok ini di kawasan yang menerima banyak cahaya matahari.


2. SCINDAPSUS

SCINDAPSUS
Daripada keluarga Araceae, pokok menjalar ini banyak dijumpai di Asia. Ia juga dipanggil Devil’s ivy kerana kemampuannya membesar dengan mudah meskipun di tempat redup.

Terdiri daripada 40 spesies, ia sering disalah anggap sebagai pokok Epipremnum kerana mempunyai rupa bentuk daun yang sama. Perbezaan mereka hanyalah pada jumlah dan bentuk benih yang dihasilkan.

Memerlukan penjagaan minimum. Sekiranya permukaan daun berdebu, memadai hanya sembur sedikit air untuk membersihkannya.


3. NEPHROLEPIS EXALTATA

NEPHROLEPIS EXALTATA
Biasa dijumpai di dalam hutan di kawasan berpaya sekitar Amerika Selatan, Mexico dan Afrika. Spesies paku pakis daripada keluarga Lomariopsidaceae lebih dikenali dengan nama Sword fern.

Sangat toleransi dengan musim kering sehingga kemarau, pokok ini sesuai dijadikan tanaman hiasan bergantung kerana daunnya tumbuh berjuntaian antara 50 hingga 250 sentimeter.

Pokok tidak mengandungi toksin selamat dimakan oleh haiwan seperti kucing. Ia tidak perlu disiram selalu dan mudah dijaga.


4. SYNGONIUM PODOPHYLLUM

SYNGONIUM PODOPHYLLUM
Dikategorikan sebagai pokok berbunga daripada keluarga Araceae, ia mempunyai kira-kira 36 spesies. Daunnya berubah bentuk mengikut tempoh pembesaran.

Daya penarik itu menyumbang kepada popularitinya sebagai pokok hiasan yang diminati sejak kurun ke-19 lagi.

Pokok ini juga dipanggil Arrowhead plant, sangat menyukai kelembapan dan suasana redup. Pastikan daunnya disemburkan air dengan kerap.


5. CHAMAEDOREA ELEGANS

CHAMAEDOREA ELEGANS
Daripada jenis pokok palma kecil, ia juga dipanggil Parlour palm dan banyak dijumpai di selatan Mexico dan Guatemala.

Di negara beriklim tropika misalnya di Tenggara Amerika Syarikat, ia dijadikan penghias taman riadah manakala kawasan beriklim khatulistiwa, ia dijadikan pokok hiasan di rumah.

Tumbuh sehingga dua meter tinggi, pokok ini pernah menerima anugerah daripada Royal Horticultural Society, London, mengambil masa lama untuk membesar sepenuhnya.


6. SPATHIPHYLLUM CUPIDO

SPATHIPHYLLUM CUPIDO
Berasal dari Columbia, tumbuhan berbunga putih daripada keluarga Araceae mula diperkenalkan di Eropah pada 1870.

Juga dipanggil bunga lili atau the Peace Lily berikutan bentuk bunga seakan-akan bunga itu. Ia memerlukan air yang banyak dan sangat suka suasana redup.

Bagaimanapun, pokok ini boleh memudaratkan sesiapa sahaja memakannya kerana mengandungi calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan radang dan muntah.


7. PHILODENDRON IMPERIAL RED

PHILODENDRON IMPERIAL RED
Hibrid dari China ini pada awal tumbesarannya, berdaun merah batu bata namun semakin membesar, daun bertukar menjadi hijau.

Ia mampu hidup dalam apa jua persekitaran lebih-lebih lagi sederhana panas dan dipanggil Pholodendron rouge.


8. ASPARAGUS SETACEUS

ASPARAGUS SETACEUS
Dikenali dengan nama Ferny Asparagus kerana daun seperti paku-pakis. Pokok ini menghasilkan buah kecil berwarna hijau yang bertukar hitam apabila masak.

Berasal dari Selatan Afrika, tergolong dalam keluarga Asparagales dan diperkenalkan oleh botani Jerman bernama Carl Sigismund Kunth.

Nama setaceus berasal dari perkataan Latin bermaksud rambut.


9. DRACAENA FRAGRANS

DRACAENA FRAGRANS
Juga dipanggil cornstalk dan Chinese money tree, popular dari negara Sudan, Mozambique sehinggalah ke Angola di Afrika. Malah dijadikan pokok suci oleh kaum Chagga di Tanzania.

Penyelidikan oleh NASA Clean Air Study membuktikan pokok ini mampu membersihkan udara yang dicemari formaldehyde, xylene dan toluene.


10. GINSENG FICUS
GINSENG FICUSMenjadi pilihan utama mereka yang menggemari seni bonsai sekitar Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Taiwan. Tidak hairanlah ia juga dipanggil Taiwan Ficus.

Spesies bonsai mudah ditanam dan dijaga. Namun kelembapan tanahnya perlu diperiksa selalu agar tidak terlalu kering kerana ia memerlukan air mencukupi untuk kekal segar.

recycle2

 

 

Artikel asal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Bagaimana Cara Mencuci Tangan Dengan Betul

Bagaimana Cara Mencuci Tangan Dengan Betul?

Bagaimana Cara Mencuci Tangan Dengan Betul? Tangan boleh menyimpan banyak kuman seperti Salmonella, E.coli dan norovirus. ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: