BREAKING NEWS
Home » Rumah dan Lanskap » Info – Markisa dan Khasiatnya
Info - Markisa dan Khasiatnya.

Info – Markisa dan Khasiatnya

Info – Markisa dan Khasiatnya. Pokok Markisa merupakan tanaman saka yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jus minuman, rasanya sedikit masam dan manis serta berbau harum apabila matang. Pokok markisa banyak ditanam di tropika dan sub-tropika terutama di Australia, New Zealand, India, Kenya dan Hawaii. Markisa juga sesuai dijadikan tanaman hiasan yang menjalar pada pergola di halaman rumah.

Pergola dan markisa

Suasana redup menghias pergola dengan tanaman Markisa

Markisa memanjat pergola

Markisa memanjat pergola

Sekarang kita lihat Info – Markisa dan Khasiatnya.

Variety

Dikenali juga dengan nama buah susu atau passion fruit. Di Malaysia tanaman markisa telah diperkenalkandisekitar tahun 1960 dari variety kuning (Pasiflora flavicarpa L.) dan variety ungu (Passsiflora endulis L.) Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja.

kuningDi Malaysia markisa kuning boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Markisa variety kuning mula mengeluarkan hasil selepas 5 – 6 bulan penanaman. Pokoknya boleh bertahan sehingga 3 tahun, buahnya berbentuk bujur berukuran 6 – 7 cm dengan berat purata sekitar 8 gm.Tempoh kematangan buah markisa ialah sekitar 74 hari selepas pendebungaan atauapabila buahnya jatuh dari tangkai secara semula jadi apabila matang. Markisaberbuah sepanjang tahun namun kemuncak musim ialah sekitar bulan Julai hingga Ogos dan Disember hingga Januari.

unguMarkisa dari varieti ungu mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm, berwarna hijau dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum. Buah ranum berwarna ungu.

Kegunaan

Selain dimakan segar atau dijadikan jus, pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa atau campuran dalam yoghurt dan aiskrim. Selain aroma yang harum, jus markisa juga kaya dengan pro-vitamin C, niasin dan riboflavin. Ia sesuai dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu.

Penanaman

Penanaman pokok markisa biasanya menggunakan bahan tanaman dari BIJI BENIH atau menggunakan Kaedah MENGETUT. Jenis Buah Markisa Ungu lebih mudah untuk di buat proses tut berbanding dengan jenis buah markisa kuning yang batang kayunya agak lebih keras. bagi penanaman monokrop komersial perlu disediakan kawasan dengan membajak dan pastikan membuat saliran yang sempurna. Pokok ini tidak tahan dengan keadal terendam. Pasangkan kayu sokong dengan menggunakan tiang kayu beruti dengan ketinggian 21.8 – 2.0 meter bergantung kepada kesesuaian untuk membuat pengurusan. Sebaiknya ikat dengan kawat atau dawai no 10 keatas untuk menyambung antara tiang kayu sokong bagi membenarkan batang markisa menjalar kelak (Trellis system). Jarak penanaman disyorkan 2.5 m x 3.0 m bergantung kepada keadaan topograpi dan cuaca.

anak markisaAnakbenih yang tersedia di tanam di pangkal tiang kayu sokong dan diberikan baja organik serta MOP pada kadar sesuai. Berikan baja organan sebanyak 240 – 300 gram sepokok dan bubuh baja NPK 15:15:15 pada peringkat vegetatif. Pokok akan merambat naik melalui tiang kayu dan pastikan ianya menjalar dengan seimbang diatas para. Buat cantasan pembentukan agar pembahagian dahan baru akan terbentuk dan tidak terlalu rapat pertumbuhannya. Rujuk rajah bagaimana kaedah membuat cantasan pembentukan dibawah. Tunas-tunas yang jatuh kebawah perlu dipotong atau diasuh agar ianya menjalar dalam keadaan horizontal.

bungaPendebungaan pokok markisa adalah dijalankan oleh serangga seperti lebah keran (Apis cerana), Lebah liar (Apis dorsata), Kumbang, Semut, Lalat Langau dan sebagainya bagi jenis markisa buah kuning. Jenis buah markisa warna ungu menjalankan pendebungaan tersendiri (iaitu Self compatible pollinated flower). Bagaimana pun kajian menunjukkan proses pendebungaan yang dijalankan oleh tangan manusia dapat meningkatkan pengeluaran buah markisa dengan lebih optima. Ini kerana debunga jantan pasti sampaai kepada stigma bunga betina 100% jika dibuat oleh manusia.

Penyakit

Tanaman markisa mempunyai banyak penyakit dan serangga perosak yang menyebabkan industri tanaman ini di Malaysia kurang berjaya semenjak dahulu. Antara serangga perosak adalah Lalat Buah (Daucus spp),Aphid (Aphis gossypii), Thrips(Trysanoptera spp), Koya (Planococcus citri) dan Ulat Pelombong Daun (Leaf miner). Kawalan untuk semua serangga perosak ini dijalankan dengan semburan racun kimia, pemasangan perangkap, amalan agronomi ladang dan juga pengurusan kebun yang baik. Cacing Nematod (Meloidogynae spp) juga menyerang bahagian akar pokok markisa yang akhirnya pokok akan mati. Penyakit yang menyerang pula seperti Layu Fusarium yang akan menyebabkan kanker pucuk dan pokok akan mati jika tidak dikawal. Serangan Kulat Bintik Buah (Alternaria pissiflorae) juga menyebabkan buah markisa reput berbentuk bulat dan akhirnya busuk. Serangan virus pada daun juga berlaku menyebabkan daun kerekot. Serangan Penyakit Blight juga kadang-kadang berlaku disebabkan oleh kulat (Phythopthora cinamoni). Kaedah kawalan IPM membantu mengurangkan risiko penyakit.

Buah markisa yang masak akan dituai apabila mencapai tahap kematangan 75% apabila warna kulit buah bertukar kepada warna kuning atau ungu. Buah yang masih muda lazimya berwarna hijau, bulat dan berkilat dengan ada keputihan sedikit. Buah yang terlalu masak tidak sesuai untuk pasaran ekspot kerana sudah agak lembik dan tidak tahan lama. Sebaiknya elakkan buah daripada gugur diatas tanah dan dibiarkan kerana ianya akan menyebabkan lalat buah bertelur dan membiak dengan lebih banyak. Buah dengan garispusat 6-8 cm dengan warna kuning atau ungu sesuai dipetik, dibersihkan dibuat grading dan dimasukkan kedalam kotak. Kotak mengandungi 4.5 – 6 kg dengan satu atau dua lapisan sebelum dihantar kepada pembeli. Bagi yang untuk proses segar boleh dihantar kepada kilang memproses jus markisa seberapa segera.

Khasiat Buah Markisa

markisa nutrient

  1. Memulihkan kanser
  2. Mengatasi insomnia
  3. Mengatasi batuk
  4. Anti alergi
  5. Menenangkan anak hiperaktif
  6. Melancarkan perjalanan haid
  7. Menjaga kecantikan wajah
  8. Menurunkan kolesterol
  9. Memperlebar saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan
  10. Melancarkan peredaran darah
  11. Anti peradangan
  12. Penurun panas badan
  13. Mencegah hipertensi
  14. Antiseptik
  15. Penghilang kerut pada wajah
  16. Menjaga kebugaran tubuh
  17. Antibodi
  18. Mengatasi masalah sukar tidur
 
 Demikianlah Info – Markisa dan Khasiatnya.

 Renungan

تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ ٱلسَّبۡعُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيہِنَّ‌ۚ وَإِن مِّن شَىۡءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمۡدِهِۦ وَلَـٰكِن لَّا تَفۡقَهُونَ تَسۡبِيحَهُمۡ‌ۗ إِنَّهُ ۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورً۬ا (٤٤) “ Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (QS. Al-Isra’: 44)

 

One comment

  1. kenapa industri buah markisa tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Pokok Hiasan Pembersih Udara Dalam Rumah

Pokok Hiasan Pembersih Udara Dalam Rumah

Pokok Hiasan Pembersih Udara Dalam Rumah. Aktiviti harian membersih rumah tidak menjamin udara ruangan rumah ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: