BREAKING NEWS
Home » Tazkirah » Punca Sempit Rezeki
Punca sempit rezeki

Punca Sempit Rezeki

Punca Sempit Rezeki. Rezeki Allah sangat luas,Dan rezeki tidak pernah salah tuan.Kepercayaan ini saya pegang sepanjang saya menjalankan aktiviti perniagaan saya.

Namun ada beberapa kesilapan yang mungkin menjadi PUNCA perjalanan rezeki anda semakin lambat.Pintu rezeki anda semakin sempit.

Punca utama rezeki itu semakin menjauh daripada kita adalah kerana MAGNET penarik rezeki kita tersalah kutub.

1. KURANG SYUKUR, BANYAK KELUH

Kita nak tarik rezeki masuk dalam hidup kita tetapi kita lebih gemar menjadi kutub yang menolak rezeki.Syukur adalah magnet yang mampu menarik rezeki tetapi kita pula suka mengeluh.

Jadi jangan terkejut kalau rezeki itu semakin sempit.

2. KURANG TERIMA KASIH, BANYAK ABAI

Sama seperti konsep magnet, kita nak tarik rezeki biar melekat dalam pada kita tetapi kita pula menjadi kutub yang menentang aliran rezeki itu. Mahal dan GAGAL mengucapkan TERIMA KASIH adalah punca rezeki makin melarikan diri.

Bukan saja rezeki wang,rezeki kasih sayang dan rezeki ilmu juga akan melarikan diri.

3. KURANG USAHA, BANYAK TIDUR

Kita berniat nak menmbah rezeki tetapi lebih senang terus ‘TIDUR’ berbanding mengangkat kaki untuk berusaha. Jangan harapkan durian terbuka kulitnya sendiri. Nak rasa nikmat isi durian,anda perlu buka kulitnya.

Konsep yang mudah tetapi gagal dipraktikkan

4. KURANG DOA, BANYAK MENYALAHKAN

Selain itu,banyak juga spesis yang banyak menyalahkan dan kurang berdoa. Lebih banyak masa mencari kesilapan kawan, majikan, takdir dan sistem daripada menyerahkan semua jalan rezeki itu di dalam doa-doa.

Pilihan ditangan kita,menjadi kutub yang menarik rezeki atau yang menolak rezeki.Dapatkan RAHSIA REZEKI untuk menerokai JURUS MENJEMPUT REZEKI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Mengapa Rasulullah Melarang Lelaki Kencing Berdiri Sunnah-cara-kencing Mengapa Rasulullah Melarang Lelaki Kencing Berdiri

Mengapa Rasulullah Melarang Lelaki Kencing Berdiri

Mengapa Rasulullah Melarang Lelaki Kencing Berdiri. Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu ”anha, di mana ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: