BREAKING NEWS
Home » Info » Rahsia Kebaikan Disebalik Tabiat Memakan Coklat

Rahsia Kebaikan Disebalik Tabiat Memakan Coklat

 
Rahsia Kebaikan Disebalik Tabiat Memakan Coklat. Siapa yang tidak gemarkan coklet. Bendalir yang berwarna coklat yang penuh dengan kemanisan yang membuatkan hati si pemakan menjadi riang. Kerana kemanisan , kanak-kanak amat mengemarinya. Coklat juga kini banyak digunakan didalam majlis-majlis keraian seperti majlis pertunangan dan perkahwinan. Coklat bukan hanya untuk jamuan makanan. Namun Ianya juga dijadikan sebagai minuman.
Siapa gemarkan coklat? Tentu ramai yang angkat tangan. Coklat juga sering dijadikan sebagai pemberian kepada orang lain. Kenapa mesti coklat? Senang, kerana rasanya yang pasti tidak akan mengecewakan penerimanya.

Ringkas Tentang Coklat

Sejarah koko dan Coklat

ChocolateCoklat adalah sebuah makanan yang terhasil daripada biji koko. Koko pada asalnya telah tumbuh di daerah Amazon utara dipercayai berdekatan dengan Mexico. Penduduk “Meso-Amerika” telah menemui pokok “kakawa” dimana buahnya dijadikan sebagai minuman.
 
Suku “Meso-Amerika” adalah terdiri daripada orang Maya, Toltec dan Aztec. Mereka menjadikan biji koko sebagai matawang.Sistem buterlah maksudnya. Kononya pada masa itu, pengunaan coklat dianggap sebagai satu simbol status penting pada ketika itu. Bagi suku Aztec pula, mereka menganggap koko menrupakan “makanan para dewa”
 
Ianya digunakan dalam upacara keagamaan, matawang dan hadiah. Coklat juga dianggap sebagai satu simbol kemakmuran..

Dari Coklat Cair ke Coklat Padat

Minuman Coklat pada kurun ke-17, digemari di Istana Sepanyol. Ianya tersebar dikalangan bangsawan Eropah pada ketika itu. Oleh kerana perkembangan luas kegemaran orang Eropah terhadap coklat, mereka mula memikirkan cara menukar coklat kepada yang pejal. Dengan menambah ambergris, zat berwarna keunguan berlilin dari usus ikan paus, sehinggalah bahan lebih umum seperti cengkih dan kayu manis. Ianya adalah untuk disesuaikan kepada selera mereka sendiri.
 
Teknik dan cara ini menjadi lebih rumit apabila ianya sampai kekilang pemprosesan dengan penambahan kalium atau natrium karbonat supaya lebih senang berrcampur dengan air. Coklatjuga dicampur dengan susu untuk menghasilkan coklat susu.
 
Rasa coklat disumbangkan oleh 1,200 jenis zat tanpa satu pun yang dominan didalamnya. Disebabkan itu, sehingga kini tiada coklat tiruan kerana ianya sukar untuk ditiru.
 
[sumber : wikipidea]

Faedah Coklat (Dark Coklat)

Coklat seringkali dikaitkan sebagai makanan ringan yang tidak mempunyai nilai pemakanan dan boleh memudaratkan kesihatan seperti kegemukan.
Di sebalik tanggapan negatif ini, coklat juga dikatakan mempunyai khasiat tertentu kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, tenaga dan beberapa vitamin serta mineral yang diperlukan.Coklat  kaya dengan antioksidan seperticatechins an phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung, malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan sertamengurangkan risiko jangkitan selsemadan ia mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit serta meningkat tahap rasa kesihatan kerana coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.Justeru, coklat amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti rekreasi yang lain.
Selain itu, coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua...

SENARAI KEBAIKAN MAKAN COKLAT

Dengan memakan coklat ianya juga memberi beberapa kebaikan dan faedah kepada tubuh badan kita. Antara 15 kebaikan makan coklat adalah ;
  1. Meningkatkan sistem imunisasi Badan
  2. Mengurangkan risiko Kanser
  3. Perlindungan daripada serangan Jantung
  4. Melambatkan proses AIDS
  5. Melambatkan penuaan
  6. Meningkatkan kesihatan Mata
  7. Penghalang kepada Stroke
  8. Mengurangkan Migrain
  9. Perlindungan daripada Ostroperosis
  10. Perlindungan kepada penyakit Alzheimer’s
  11. Membaiki dan melindungi DNA
  12. Mengurangkan Risiko Penyakit Diabetes tahap II
  13. Perlindungan Antioksidan
  14. Mengurangkan penyakit tekanan darah tinggi
  15. Pencegahan kepada botak

Coklat Untuk Kecantikan

Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit..

Coklat Bibitkan Rasa Cinta

Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

 

OKlah, sesiapa yang  nak cuba buat coklat sendiri, bolehlah cuba2 klik banner kat bawah.
 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

MESTI BACA - Adalah Anda Membazir Untuk Kereta Anda

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!!

Cara Terbaik Jimatkan Kos Senggaraan Kereta Anda!! Akhir-akhir ini memiliki kenderaan berenjin sama ada kereta, ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: