BREAKING NEWS
Home » Berita Outdoor » Santai 2 hari 1 malam di Tasik Kenyir

Santai 2 hari 1 malam di Tasik Kenyir

Santai 2 hari 1 malam di Tasik Kenyir. Pada hujung minggu 27 dan 28 September lepas, kami berpakat membuat proram santai di Tasik Kenyir. Kumpulan kami terdiri daripada staf sebuah sekolah di Terengganu seramai 25 orang berada di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada jam 9.00 pagi.

Kami menaiki bot ‘Kelisa 1’ pada jam 10. 00 pagi menuju ke Sungai Lasir iaitu destinasi yang biasa ditawarkan untuk tempoh 2 hari 1 malam. Perjalanan memakan masa 2 jam. Bot yang dinaiki agak selesa dengan bilik tidur, dek santai, dewan karaoke/rehat, dapur dan bilik air yang kemas. Kos sewa bot RM1700. Krew bot serama 3 orang, agak mesra, sporting dan banyak memberi informasi yang kami perlukan. Ramai daripada kami yang menyatakan rasa puas hati.

M

Menaiki bot prlancong di Pengkalan Gawi

Trip Lenyir2

Trip Lenyir3

Trip Lenyir4

Di Tasik Kenyir terdapat perkhidmatan bot besar yang membolehkan pengunjung bermalam dan beraktiviti. Di antara yang agak mewah ialah seperti Bahtera Kenyir dengan 40 bilik dan aircond, Kelisa dan Toman. Selain itu kebiasaannya bot-bot dengan kemudahan ‘biasa’.

Trip Lenyir7

Trip Lenyir5

Trip Lenyir6

Trip Lenyir8

Sepanjang perjalanan kami penuhi dengan makan-makan. Ada yang ambil kesempatan melabuhkan mata pancing kerana tak sabar, dan ada yang dah mula berkakaoke. Kami tiba di Kuala Sungai Lasir tempat biasanya bot-bot pelancong dilabuhkan. Suasana keliling amat mendamaikan. Kami bebas untuk melakukan sebarang aktiviti di sini, tetapi kena minta ‘permision’ petugas bot terlebih dahulu. Maklumlah, keselamatan diutamakan.

Trip Lenyir16

TASIK KENYIR 115

Sepanjang tempoh tersebut kami juga sempat mandi di Air Terjun Lasir dan Air Terjun Saok. Air Terjun Lasir sungguh mempesonakan kerana terdapat kawasan mandi yang sangat luas selain dari jeram.

Trip Lenyir10

Trip Lenyir12 air-terjun-lasir

Trip Lenyir11

Bagi kaki pancing, setiap bot pelancong ini menyediakan 2 atau 3 bot kecil yang boleh digunakan untuk mencari lubuk yang sesuai. Hanya minta daripada petugas bot, beres!! Untuk trip yang akan datang kami bercadang untukmengambil pakej 3 hari 2 malam ke Taman Negara, termasuk Sanctuary Kelah yang terkenal.

santuari kelah

Gambar hiasan : Santuari Kelah

 

6 comments

  1. Seronoknya. Rasanya nak ikuti trip awal tahun depan ke taman negara kenyir. :Delighted:

  2. assalam…. boleh saya dapatkan no telefon bot kelisa di tasik kenyir ni?

  3. contact saya untuk quotation …plan 20 person ..end of sep 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Gambar-gambar Kolam Koi Yang Menarik

Gambar Kolam Koi Yang Menarik. Memiliki kolam hiasan mungkin merupakan impian sebahagian besar dari kita. ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: