BREAKING NEWS
Home » Tazkirah » Sebutir Pinggan – Suatu Tamsil
Sebutir Pinggan - Suatu Tamsil

Sebutir Pinggan – Suatu Tamsil

Sebutir Pinggan – Suatu Tamsil.

Kisahnya

Andaikan 3 org berbeza meminjam sebiji pinggan dari kita.

Selang beberapa tempoh masa,

  • Orang pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
  • Orang kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut tempatnya adalah sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya.
  • Orang ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina.

Tamsilnya :

  • Demikian juga jika kita kembali kepada Allah dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat di mana kita berasal, yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita.. iaitu SYURGA..
  • Namun jika Kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan Kita ke dalam syurga..
  • Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 untuk menghumbankan Kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi..

 

Renungan : Surah Al-Fatihah




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Mengapa Rasulullah Melarang Lelaki Kencing Berdiri Sunnah-cara-kencing Mengapa Rasulullah Melarang Lelaki Kencing Berdiri

Mengapa Rasulullah Melarang Lelaki Kencing Berdiri

Mengapa Rasulullah Melarang Lelaki Kencing Berdiri. Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu ”anha, di mana ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: