BREAKING NEWS
Home » Doa » Selawat Tafrijiyah
Selawat-Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah. Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga kita dimurahkan rezeki.. Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsikan satu lagi bacaan yang sesuai untuk dibaca supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki.. Selain daripada mengamalkan Ayat Seribu Dinar

Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Erti Doa Selawat Tafrijiyah
“Ya Allah, berilah restu dan kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami Nabi Muhammad, Semoga dengan berkatnya terurai segala macam kesimpulan, dilepaskan dari segala kesusahan, ditunaikan segala hajat, tercapai segala keinginan, dan mendapat Husnul Khatimah (Akhir hayat yang baik), dan dicurahkan hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Demikian juga kepada keluarga dan sahabat Baginda pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, bahkan sebanyak pengetahuan engkau”

Fadhilat Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

.

 Imam ad-Dainuri r..a.

  1. 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

.

Imam Qurtubi r.a.

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.

Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.

Wallahu A’alam Bissowab

Kredit : Shafiqolbu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Tanda-tanda Gangguan Jin

Tanda-tanda Terkena Gangguan Jin

Tanda-tanda Terkena Gangguan Jin Jin lebih dahulu diciptakan daripada manusia sebagaimana dikabarkan Allah dalam firman-Nya: ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: