BREAKING NEWS
Home » Destinasi Outdoor » Setiu Agro Resort Destinasi Yang Menenangkan
Setiu Agro Resort Destinasi Yang Menenangkan

Setiu Agro Resort Destinasi Yang Menenangkan

Setiu Agro Resort Destinasi Yang Menenangkan. Tiada sesiapa pun menduga bahawa sebuah kawasan terpencil di pendalaman, malah tidak ada apa-apa keistimewaan, kini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal. Dahulu, kawasan hijau di kaki Gunung Tebu ini hanyalah sebuah kem latihan dan ladang pertanian.

agro3

 

Peladang Setiu Agro Resort (PSAR) yang dimiliki oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu, terletak 89 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan 13 kilometer dari Bandar Permaisuri. Resort ini berkonsepkan pelancongan agro yang menjadikan elemen pertanian seperti landskap, kolam pancing, taman herba, ladang kelapa sawit, dusun buah-buahan campuran, tanaman cendawan, ternakan kambing, ayam kampung dan lain-lain sebagai produk pelancongan.

agro2

 

Resort yang terletak dalam kawasan seluas 280 hektar bersebelahan Hutan Simpan Gunung Tebu ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Kunjungan anda ke resort ini akan disegarkan dengan keindahan landskap serta tasik yang indah. Udara yang segar dan nyaman di pinggir hutan hujan tropika serta aliran sungai dan air jernih menenteramkan jiwa.

agro1

 

Ladang kelapa sawit serta Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan keunikan flora dan fauna mengelilingi resort. Di sini juga terdapat Taman Herba dengan koleksi melebihi 120 spesies pokok seperti gajah mengawan, serapat, kacip fatimah dan kerbau amuk mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan tradisional. Pengunjung boleh membeli anak-anak pokok atau produk siap yang dijual oleh pengusaha di sini. Koleksi orkid hutan juga pasti memberi kepuasan kepada penggemar orkid.

Kunjungan ke sini tidak sempurna jika anda tidak meneroka hutan. Pelbagai aktiviti disediakan oleh pihak pengurusan resort. Antaranya termasuklah kembara hutan, kembara malam dan perkhemahan serta. Bagi penggemar aktiviti lasak, anda boleh mencuba flying foxabseilling,rappellingobstacle courselow rope activities serta high rope activities. Di sinilah debaran jantung serta kekuatan mental anda akan teruji.

agro4

 

Aktiviti air turut menjadi acara yang mesti diikuti. Menyeberang sungai dengan rakit dan berkayak di tasik agro adalah antara pengalaman yang cukup menyeronokkan. Bagi kaki pancing pula, jangan lepaskan peluang untuk merasai sentapan patin, jelawat, rohu, tilapia serta keli Afrika dalam kolam pancing. Ikan seberat 10 kilogram menjadi idaman kaki pancing di sini.

SONY DSC

 

Dusun buah-buahan seluas 50 ekar sedia menanti para pengunjung. Durian, dokong, limau cukong, rambutan, manggis, salak dan buah-buahan lain boleh dinikmati jika kunjungan anda bertepatan dengan musim buah-buahan, iaitu pada bulan Julai hingga September.

Bagi penggemar haiwan eksotik, terdapat sebuah Taman Mini Unggas yang menghimpunkan haiwan tropika seperti kijang, burung merak, burung kuang, landak, arnab dan ayam sutera.

Terdapat 58 buah chalet yang unik bercirikan seni bina tradisional Melayu. Bermalam di chalet di pinggir tasik pastinya memberikan pengalaman yang menarik. Setiap chalet dilengkapi pendingin hawa, televisyen, alat pemanas air serta bahan minuman. Sambil menikmati udara segar, anda boleh memancing terus dari beranda chalet.

Sungguhpun resort ini berkonsepkan pelancongan agro, namun tidak bermakna kunjungan anda setakat untuk berehat atau beriadah sahaja. Terdapat agensi kerajaan dan swasta yang menggunakan resort ini untuk bermesyuarat dan berseminar. Di sini, terdapat empat buah bilik seminar yang dapat menampung peserta sebanyak 250 orang.

Restoran Seri Tanjung menghidangkan masakan pantai timur yang popular. dengan Ulam-ulaman yang berkhasiat turut disediakan bagi menambahkan selera anda. Selain masakan tempatan,dihidangkan juga masakan Barat. Di sebelah petang dan malam, anda boleh bersembang-sembang di sudut kopitiam. Bersantailah di Agro Café sambil minum-minum serta menjamah snek ringan serta menikmati alunan muzik yang mengasyikkan. Surau, kolam renang, padang sukaneka, warung nira serta kedai barangan keperluan asas memudahkan percutian anda di PSAR.

Untuk merasai pengalaman berkhemah dalam hutan, pihak PSAR juga menyediakan tapak perkhemahan. Anda akan menikmati suasana malam yang gelap, ditemani laguan sang unggas yang mendamaikan.

agro6

 

Peladang Setiu Agro Resort bukan sekadar destinasi percutian. Pihak pengurusan menyediakan prasarana yang lengkap bagi membantu anda menjayakan program cuti sekaolah, kursus, seminar, hari keluarga dan sebagainya dalam suasana keriangan. Keseronokan, kepuasan, debaran dan segala yang anda rasai adalah pengalaman indah yang dapat dikongsi bersama-sama keluarga dan teman. Di sinilah tempat untuk anda merasai keunikan dan kelainan daripada destinasi percutian lain yang pernah anda kunjungi.

Kepada rakan-rakan yang berminat ke Setiu Agro Resort bolehlah semak peta dan maklumat di bawah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Elakkan-Ditipu-Semasa-Melancong

Elakkan Ditipu Semasa Melancong

Elakkan Ditipu Semasa Melancong Melancong merupakan aktiviti yang menyeronokkan, malah boleh mendatangkan kesan positif dalam ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: