BREAKING NEWS
Home » Destinasi Outdoor » Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu

Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu

Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu. KELAINAN di Taman Pertanian Sekayu (TPS) di Hulu Terengganu menjadikan taman agro itu tum­puan penduduk setempat dan pelancong luar yang mahu menikmati keindahan alam semula jadi, kedamaian dan ketenangan.

Terletak 52 kilometer dari bandar Kuala Tereng­ganu dan 16 kilometer dari pekan Kuala Berang, TPS adalah taman pertanian terbesar berkeluasan 93 hektar.

TPS tidak lagi hanya menjadi lokasi pilihan untuk penganjuran hari keluarga berkonsepkan pertanian, malah mempunyai tarikan baru kepada pengunjung dengan beberapa pembaharuan, antaranya taman tema yang mempunyai dua gelongsor air selain suasana tenang untuk bersantai di kawasan rekreasi itu.

pix_gal1Ibu bapa boleh membawa anak mereka mandi-manda dan berseronok di kawasan air terjun dua tingkat di sebelah taman tema itu yang dileng­kapi jambatan gantung.

Selepas berseronok dengan keluarga, pe­ngunjung dapat bersiar-siar di sembilan taman bunga serta menikmati pengalaman memetik durian, dokong, rambutan, pulasan, manggis dan buah-buahan tempatan lain di ladang TPS.
Kepuasan pengunjung terus dinikmati selepas berehat di tilam empuk
di enam chalet yang mempunyai dua bilik berhawa dingin dileng­kapi ruang tamu serta bilik mandi yang selesa dengan harga serendah RM100 semalam.
pix_gal3Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, TPS adalah destinasi pelancongan terbaru yang menawarkan ‘kelainan cita rasa’ kepada pengunjung yang melawat negeri itu sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Beliau berkata, TPS yang ditubuhkan pada 1982 itu dibangunkan dengan konsep agro pelanco­ngan dan diberi wajah baru sebagai ikon agro pelancongan, eko pelancongan dan edu pelancongan sejak 2007.

“Sejak empat tahun lalu, TPS terus menunjukkan peningkatan menggalakkan apabila mencatat­kan lebih 12,800 pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Kami percaya TPS mempunyai potensi besar meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri ini dan dengan peruntukan yang disalurkan setiap tahun, kami berusaha menaik taraf kemudahan dan tarikan baru selain menjadikan TPS tempat tumpuan pelancong popular di negara ini,” katanya.
pix_gal2Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian Terengganu, Md Yusof Maidin berkata, TPS memberikan kepuasan kepada pengunjung, malah saiznya yang besar itu mampu memuatkan lebih 2,000 pengunjung dalam satu-satu masa.

Katanya, aktiviti seperti perkhemahan, kembara hutan dan memancing ikan air tawar bersaiz besar di dua kolam buatan di situ memberikan pengalaman manis yang sukar dilupakan pengunjung.

Menurutnya, di kolam itu mereka menyediakan aktiviti kayak dan bot untuk pengunjung yang ingin melihat sendiri habitat spesies ikan air tawar yang hidup di kolam itu.

“Selain kursus menternak lebah kelulut serta kem bina diri, pengunjung dapat mendekati serta bermain dengan kuda, rusa dan burung unta,” kata­nya.
IMG_005Beliau berkata, di Taman Orkid terdapat beberapa spesies baru yang ditanam termasuk dari pada jenis Dendrodium, Vanada, Aranda dan Catleya manakala di Taman Buah-buahan dan Taman Eksotika yang berkeluasan 26 hektar itu terdapat pokok durian, duku, dokong, manggis, rambutan serta pulasan.
IMG_008Pihaknya merancang menyediakan perkhidmatan kereta kuda serta kereta beroda yang mampu memuatkan pengunjung dengan jumlah yang besar untuk melawat tempat menarik di TPS.

Picture1

  • Di bawah pengurusan Jabatan Pertanian  Terengganu
  • Masuk adalah percuma. Beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu (ditutup)
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu,
Tingkat 5, Wisma Negeri,
20632 Kuala Terengganu. 

No. Tel : 09 – 6222444

No.Fax : 09 – 6235177  

.

Truly Terengganu , Pelancongan Terengganu, Jom Terengganu Selaluu

2 comments

  1. Mak saya selalu pesan… kena selalu ucap terima kasih kepada
    org yg berbudi pada kita .. soo .. saya nak ucap terima kasih kat awak atas maklumat yg bermanafaat nie..
    terima kasih awak… 😉

  2. Woah the following site is superb i prefer studying your content regularly. Remain within the great! You realize, many people are seeking around due to this info, it is possible to aid these people tremendously.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Elakkan-Ditipu-Semasa-Melancong

Elakkan Ditipu Semasa Melancong

Elakkan Ditipu Semasa Melancong Melancong merupakan aktiviti yang menyeronokkan, malah boleh mendatangkan kesan positif dalam ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: