BREAKING NEWS
Home » Tip Outdoor » Tips Percutian ke Pulau Redang

Tips Percutian ke Pulau Redang

Tips Percutian ke Pulau Redang. Jika entry sebelum ini mengenai Kenali Pulau Redang kali ini saya kongsikan pula sedikit tips  bagi sesiapa yang bercadang ingin  bercuti ke Pulau Redang, Tips ini juga boleh digunapakai apabila ingin bercuti ke mana-mana pulau..

.

Tips 1 : Pakaian dan Kasut

t.shirt

Cuaca di sini agak panas sama ada siang mahu pun malam (dipengaruhi haba dari laut). Pakaian yang sesuai ialah jenis simple dan serap peluh seperti cotton dan tidak terlalu tebal. Pakaian ini senang dikeringkan kerana percutian di Redang pasti melibatkan aktiviti air. Bagi perempuan elakkan daripada pakaian yang serebeh, sesimple yang boleh dan bersesuaian dengan adat ketimuran.

selipar jepun hijau

 

Untuk kasut pula jangan lupa bawa ‘flip flops’. Tak perlulah ber’high heel kerana kawasan ini dipenuhi oleh pasir serta menyenangkan semasa bersiar atau memasuki kawasan berair. Kasut sukan atau kasut khas untuk aktiviti air juga perlu kerana sesetengah aktiviti seperti snorkeling dan scuba mensyaratkan kita berkasut.

.

. Tips 2 : Travel Kit

 

Untuk percutian sebegini setiap barangan kita hendaklah ringkas. Bawalah barangan keperluan peribadi sekecil yang boleh, mencukupi sehingga habis percutian.

.

. Tips 3 : Luggage / Backpack

 

Kalau pergi bercuti di pulau, lebih baik kita membawa backpack kerana senang untuk pergerakan mengangkut turun naik feri atau bot. Bagaimanapun sesetengah resort atau hotel yang ditempah mempunyai perkhidmatan membawa barangan kita sekali – cuma serah semasa menaiki bas/coaster dan ambil semula dilobi hotel.

.

.

Tips 4 : Bekalan makanan

 

Percutian berpekej selalunya berserta pakej makanan. Begitupun adalah baik jika membawa sama makanan sendiri seperti mee segera, roti, minuman 3 in 1 kerana selepas menjalani aktiviti air kita selalunya akan jadi sangat lapar.

.

.

Tips 5 : Gambar underwater

 

underwater

Di Pulau Redang dan kebanyakan tempat sepertinya permintaan untuk mengambil  gambar underwater adalah tinggi. Untuk mengelakkan kena tunggu lama atau mungkin tak berpeluang, lebih baik sesampai saja ke tempat aktiviti snorkeling terus request kepada tour guide untuk gambar underwater.

.

. Tips 6 : Duit

 

Di Pulau Redang tidak ada mesin ATM. Jadi duit tunai perlulah disediakan secukupnya.

.

.

Tips 7 : Transport

Kebanyakan resort atau hotel menyediakan perkhidmatan ‘pickup’ pelanggan sekiranya datang ke Terengganu dengan menaiki bas atau flight. Harga pergi balik seorang sekitar RM30. Kalau datang menaiki bas, anda akan diambil di stesen bas Kuala Terengganu, manakala kalau flight di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Bagi yang memandu sendiri bolehlah terus ke jetty di Merang. Di siniada disediakan tempat parking dengan sedikit bayaran.

 

 

3 comments

  1. Terima kasih atas tips percutian ke Pulau Redang ini. Sangat membantu pengunjung yang berminat untuk kesana.
    Percutian bajet recently posted…Percutian menarik di Melaka WonderlandMy Profile

  2. Salam sejahtera..
    Saya ada menyediakan khidmat nasihat untuk…
    1. Pekej bercuti ke pulau redang/ kapas/perhentian
    2. Memancing/candat sotong (sewa khas)
    3. Memancing/bermalam di tasik kenyir (rumah bot)
    4. Tiket bot laju ke pulau(sehala/2hala)
    5. Melawat tempat2 menarik di terengganu(town/state tour)
    6. Pengangkutan ke seluruh malaysia (teksi/van/mpv/bas persiaran)
    Untuk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di.. blackyellowservices.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

x

Check Also

Gambar-gambar Kolam Koi Yang Menarik

Gambar Kolam Koi Yang Menarik. Memiliki kolam hiasan mungkin merupakan impian sebahagian besar dari kita. ...

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: